Wak Doyok Pulih Daripada Gangguan Sihir

Luah Syukur Dan Sanggup Maafkan Pelaku

Wak Doyok Pulih Daripada Gangguan Sihir

Wak Doyok Pulih Daripada Gangguan Sihir

Pelakon dan ikon fesyen terkenal, Wak Doyok, 45, mendedahkan bahawa beliau kini sedang dalam proses pemulihan setelah mengalami gangguan sihir yang menjejaskan kesihatannya.

Wak, yang nama sebenarnya adalah Mohd Azwan Md Nor, pada mulanya menyangka bahawa kesihatannya merosot akibat sakit biasa, namun setelah mendapatkan rawatan alternatif, beliau mendapati bahawa dirinya terkena santau angin.



Wak Doyok Pulih Daripada Gangguan Sihir

 

“Saya baru sahaja pulih daripada gangguan mistik. Saya kena santau angin. Bukan nak tuduh, tapi saya sudah banyak kali bertemu doktor, tapi makan ubat tetap tak pulih,” kata Wak dalam satu kenyataan.

Menurut Wak, beliau mula merasa pelik apabila mengalami batuk teruk setiap kali waktu Maghrib tiba, dengan tekaknya terasa gatal, kering, dan sukar untuk tidur pada waktu malam. Selepas menjalani rawatan alternatif, kesihatannya kini semakin pulih, namun beliau masih perlu berpantang dalam pemakanan, terutamanya mengelakkan makanan yang bercucuk.



Wak juga berkongsi bahawa kuku tangannya menjadi kebiru-biruan, yang menurutnya adalah salah satu tanda jelas terkena santau. Walaupun begitu, beliau tidak tahu siapa yang menghantar sihir tersebut, tetapi beliau dengan hati terbuka sedia untuk memaafkan pelaku.

Wak Doyok Pulih Daripada Gangguan Sihir

“Saya tidak tahu siapa yang hantar sihir, mungkin kenalan terdekat. Saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, jauh sekali nak berhutang. Saya berhutang dengan bank sahaja. Mungkin daripada mata dan percakapan pun boleh jadi sihir juga. Saya terima dengan hati terbuka dan minta doa daripada emak.

“Saya juga berdoa agar pulih seperti sedia kala dan boleh bekerja untuk menampung keluarga. Untuk siapa yang buat, saya maafkan. Tapi, kena jawab dengan Allah atas perbuatannya,” ujarnya.



Selain itu, Wak turut memberitahu bahawa rakan kongsinya juga terkena tempias dari perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut.

Wak Doyok Pulih Daripada Gangguan Sihir

 

Menurut Wak, gangguan sihir ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun beliau memilih untuk terus berikhtiar agar pulih sepenuhnya.



“Penat juga berulang-alik, tapi saya percaya ia tak boleh bawa mati. Saya usaha untuk pulih daripada berdiam diri tak buat apa, mungkin ia akan makan dalam. Bimbang juga jadi lebih parah,” katanya.

Wak Doyok Pulih Daripada Gangguan Sihir

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button