Hutang dipercayai punca pergaduhan di pusat hiburan

Hutang dipercayai punca pergaduhan di pusat hiburan

Hutang dipercayai punca pergaduhan di pusat hiburan
Laporan dalam BH Online.

PUTRAJAYA: Kejadian pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Pudu sehingga mengakibatkan empat cedera pada awal bulan ini, dipercayai berpunca daripada perselisihan perniagaan dan hutang.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata setakat ini, seramai 12 orang sudah ditahan, masing-masing berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Setakat ini, ada 12 tangkapan, usia 20 hingga 40 tahun, mereka masih direman dan kita masih berusaha melengkapkan siasatan.



“Motif kalau dari siasatan awal kita, berpunca daripada perselisihan berkenaan modal perniagaan, hutang sebab tempat ini baru dibuka, mungkin mereka ada perselisihan mengenai tuntutan hutang,” katanya.

 

Hutang dipercayai punca pergaduhan di pusat hiburan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa (kiri) ketika sidang media sempena Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Putrajaya di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini. Turut sama Ketua Polis Daerah Putrajaya yang baharu, Aidi Sham Mohamed. – Foto BERNAMA

BH sebelum ini melaporkan empat lelaki cedera dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Pudu.

Polis yang menerima laporan berhubung perkara itu pada jam 3.45 pagi berhasil menemui tiga kelongsong peluru dan dua peluru hidup di lokasi kejadian.



Mengulas lanjut, Rusdi berkata, pihaknya sudah membuka dua kertas siasatan membabitkan senjata api dan senjata tajam.

“Untuk senjata api sebab ada orang mendengar bunyi tembakan, untuk senjata tajam pula sebab ada empat orang cedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang.

“Masih ada suspek yang diburu, saya percaya ada lagi baki suspek namun (ia) bergantung kepada siasatan yang dijalankan,” katanya.

Hutang dipercayai punca pergaduhan di pusat hiburan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button