Samseng bola sepak rupanya individu ‘wanted’

Oleh – Syeikh Baran


Samseng bola sepak rupanya individu ‘wanted’
Gambar tular memaparkan seorang pemain bola sepak didakwa menggunakan kerambit dalam pergaduhan yang berlaku ketika perlawanan bola sepak.

Polis mengesahkan suspek yang membawa kerambit ketika perlawanan bola sepak baru-baru ini adalah suspek sama terbabit kejadian membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan pada 9 Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, perkara itu disahkan menerusi hasil siasatan, rakaman percakapan saksi, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan pengecaman.



Beliau berkata, susulan itu, suspek berusia 22 tahun itu akan dituduh esok masing-masing mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan Senjata Berbahaya, Seksyen 336 (perbuatan membahayakan nyawa dan keselamatan orang lain) dan Seksyen 435 perbuatan khianat dengan api.

“Dia (suspek) ini ada ‘wanted’ (dikehendaki) berkait satu kes iaitu kes baling molotov cocktail (bom petrol) di depan pusat hiburan. Inilah orangnya.

“Insya-Allah esok suspek akan dituduh bagi kedua-dua kes di Mahkamah Kuala Lumpur,,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Putrajaya, hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button