Pesara kerajaan rugi lebih RM270,000 terpedaya menerusi telefon

Pesara kerajaan rugi lebih RM270,000 terpedaya menerusi telefon

Pesara kerajaan rugi lebih RM270,000 terpedaya menerusi telefon
Mangsa memindahkan wang simpanan daripada ASB dan KWSP kepada akaun keldai. – Foto hiasan

KUANTAN: Seorang pesara kerajaan di daerah ini kerugian RM276,900 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi telefon yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, wanita berusia 64 tahun menerima panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai MCMC pada 16 Julai lalu.

Katanya, suspek kemudiannya memaklumkan bahawa mangsa terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram sebelum panggilan disambungkan kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.



“Sepanjang tempoh dari 16 Julai hingga 29 Julai lalu, mangsa diarahkan suspek untuk membuat transaksi melalui mesin juruwang automatik (ATM) kepada enam akaun bank yang berlainan.

“Siasatan mendapati sumber kewangan daripada simpanan mangsa dan suami mangsa, iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh




“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, pihaknya menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan apa juga dakwaan yang diterima melalui panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Pesara kerajaan rugi lebih RM270,000 terpedaya menerusi telefon


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button