Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula

Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula

Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula

 

Tidak pasti sama ada ianya benar atau cuma fatamorgana dari angan-angan seorang politikus yang semakin terpinggir.

Tetapi itulah yang dikatakan oleh Muhyiddin Yasin, mantan perdana menteri merangkap Pengerusi Perikatan Nasional.



Beliau mendakwa di mana sahaja beliau pergi, rakyat akan bertanya bilakah beliau akan menjadi perdana menteri semula.

Muhyiddin menjadikan halusinasi beliau itu sebagai dalil agar pengundi di pipihanraya kecil DUN Nenggiri mengundi calon Perikatan Nasional.

“Saya pergi ke mana-mana, ada rakyat yang jumpa saya tanya Tan Sri bila lagi nak ambil alih kerajaan semula.”

“Itu dia tanya, maknanya rakyat tak tahan dengan pentadbiran kerajaan hari ini,” dakwa Muhyiddin.



“Keputusan PRK ini penting untuk bagi isyarat kepada Anwar.”

“Rafizi Ramli dan menteri lain bahawa orang Nenggiri tahu apa yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang amat buruk.”

“Rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup bawah pentadbiran sekarang.”

“Rakyat mengharapkan PN segera mengambil alih Putrajaya,” dakwa Muhyiddin.



Bagi kita, sudah tentu apa yang dikatakan Muhyiddin itu sama seperti apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir.

Ayat yang sama sering digunakan oleh Dr Mahathir untuk membuatkan dirinya kelihatan masih diperlukan.

Antara ‘Jasa’ Mereka Berdua Kepada Negara Dan Rakyat

 

Bukan kita menidakkan jasa yang pernah dibuat oleh kedua-dua mereka sewaktu berkuasa.



Dr Mahatir terkenal watak antagonis sebagai ketua eksekutif yang mentadbir negara sebanyak 2 kali selama 22 tahun dan 22 bulan.

Musuh politik dizalimi tanpa ada sedikit pun rasa kemanusiaan.

Harta kekayaan negara diagihkan secara tidak adil kepada golongan elit tertentu yang menjadi kroni beliau.

Manakala jasa Muhyiddin yang paling besar adalah mengurung rakyat hanya kerana takut kehilangan kuasa.



Rakyat terpaksa menaikkan bendera putih hanya kerana sudah tidak tahan dengan tekanan hidup.

Pemandangan rakyat menyelongkar tong sampah sudah menjadi sesuatu yang tidak asing walau pun ianya tidak pernah berlaku sebelum ini.

Lebih menyayat hati, ratusan rakyat membunuh diri kerana tekanan hidup

Memaksa menteri beliau menderhaka kepada titah YDP Agong, menipu Dewan Rakyat dan negara.



Itu ada antara sebahagian kecil dari jasa mereka berdua kepada negara dan rakyat.

Mahukah kita memberikan mereka kuasa lagi?

 

Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button