Dapat sakit gara-gara ‘wallpaper’

Oleh – Syeikh Baran


Dapat sakit gara-gara ‘wallpaper’
Gambar Hiasan

Ramai yang lupa aspek keselamatan dan kesihatan demi ingin menceriakan tandas dengan tampalan kertas dinding bercorak.

Public Health Malaysia (PHM) mengingatkan orang ramai untuk tidak menampal kertas dinding di dalam tandas kerana boleh mendedahkan pengguna kepada penyakit.



“Memang cantik dinding dihiasi dengan kertas dinding. Jika lihat di kumpulan ‘deko-deko’, ada juga yang menampal kertas dinding di dalam tandas.

“Perkara ini sebenarnya tidak begitu sihat. Persekitaran lembab di dalam tandas menyebabkan risiko pertumbuhan kulat di dinding termasuk di belakang kertas dinding.

“Kulat ini membebaskan spora iaitu debu-debu halus yang boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan iritasi. Kesannya, akan alami batuk, selsema, tekak kering, mata berair dan gatal gatal kulit,” jelasnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam masa sama, PHM turut menegaskan kegunaan kertas dinding bukanlah barang perhiasan di dalam tandas.



“Kertas dinding bukan untuk tandas,” tegasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button