Pemandu treler maut dalam nahas libat lima kenderaan

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu treler maut dalam nahas libat lima kenderaan
ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas melibatkan lima kenderaan di KM 301.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, Gopeng pada pukul 2.37 pagi tadi. – Foto IHSAN JBPM PERAK

Seorang pemandu treler maut dalam nahas melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer (KM) 301.1, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini pagi tadi.

Lima kenderaan terlibat ialah tiga buah treler, lori satu tan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire. Nahas menyebabkan kesesakan lalu lintas selama lima jam sehingga aliran trafik perlu dilencongkan ke Tapah.



Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.37 pagi.

“Terdapat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tersepit pada bahagian pemandu treler yang melanggar belakang treler lain. Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan, sementara tiga lagi mangsa yang cedera ringan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button