PRK DUN Mahkota: PN Naik Bendera Putih
PRK DUN Mahkota: PN Naik Bendera Putih
Selepas pemergian Allahyarhamah Sharifah Azizah, mantan ADUN Mahkota, tidak boleh tidak, satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan.
Dalam kesibukan parti politik berkempen di pilihanraya kecil DUN Nenggiri, mood pilihanraya semakin dirasakan di DUN Mahkota.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan hari mengundi untuk pilihanraya kecil DUN Mahkota adalah pada 28 September 2024.
Manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 14 September dan hari undi awal ialah 24 September.
Untuk rekod, dalam pilihanraya negeri Johor yang lepas, Allahyarhamah Sharifah Azizah menang dengan kelebihan majoriti sebanyak 5,166 undi.
Allahyarhamah mendapat 16,611 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan, Taqiuddin Cheman yang memperoleh 11,445 undi dan calon Perikatan Nasional, Mohamad Nor Lingan yang meraih 7,614 undi.
Secara tradisinya, DUN Mahkota adalah kubu UMNO/Barisan Nasional.
Di pihak Kerajaan Perpaduan, calon untuk pilihanraya kecil DUN Mahkota masih belum dimuktamadkan.
Parti UMNO dan PAN dilihat sudah mula melobi untuk meletakkan calon mereka di sana.
Namun dari sudut amalan, parti yang memegang kerusi akan diberikan keutamaan untuk meletakkan calon mereka.
Perikatan Nasional Membariskan Calon Yang Sudah Tewas
Keadaan yang agak berbeza di lihat di kem Perikatan Nasional.
Kebiasaannya, parti politik akan meletakkan calon yang diyakini boleh menang.
Tetapi Perikatan Nasional menamakan 3 calon yang tewas dalam PRU 15 dan juga pilihanraya negeri Johor.
3 calon tersebut adalah Ketua Bahagian PPBM Kluang, Mohamad Nor Lingan, Naib Ketua Bahagian PPBM Kluang, Dzulkarnain Alias dan Mohamad Haizan Jaafar.
Mohamad Nor Lingan adalah calon yang tewas kepada Allahyarhamah Sharifah Azizah dalam pilihanraya negeri Johor yang lepas.
Dzulkarnain pula tewas kepada Wong Shu Qi (Pakatan Harapan) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi kerusi Parlimen Kluang.
Manakala Mohamad Haizan adalah seorang jurulatih bolasepak.
Persoalannya, apakah rasionalnya Perikatan Nasional meletakkan calon yang tewas dalam pilihanraya yang lepas.
Tidakkah itu hanya akan mengulangi kekalahan mereka nanti?
Sekiranya majoriti undi kekalahan mereka tipis, mungkin kita boleh beranggapan akan ada harapan untuk membuat kejutan.
Tetapi dengan majoriti yang begitu besar, ianya memperlihatkan Perikatan Nasional sudah menaikkan bendera putih di pilihanraya kecil DUN Mahkota.
PRK DUN Mahkota: PN Naik Bendera Putih
Di Syorkan Untuk Anda:
- Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR
- Anak Mahathir Di Beri Lanjutan Isytihar Harta
- Minda Luar Sedar Annuar Musa Bila Bercakap Tentang KESEDAR