Empat MNO kemuka bidaan bagi tender 5G kedua

Empat MNO kemuka bidaan bagi tender 5G kedua

Empat MNO kemuka bidaan bagi tender 5G kedua
Foto hiasan

Kuala Lumpur: Empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) telah mengemukakan bidaan masing-masing kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengambil bahagian dalam rangkaian 5G kedua nanti, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata MNO itu ialah CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan U Mobile Sdn Bhd.

“Empat daripada lima MNO (tidak termasuk YTL Communications Sdn Bhd) yang menyertai dan menandatangani perjanjian langganan saham dengan Digital Nasional Bhd (DNB) telah mengemukakan (bidaan) tender untuk melihat siapa antara mereka boleh mendapat rangkaian kedua.



“Dalam bab ini saya serah kepada MCMC untuk uruskan, saya tidak masuk campur, diharapkan syarikat dan pembekal terbaik memenanginya,” katanya semasa menyampaikan ucaptama di Konvensyen Ekosistem Pembekal 2024 Huawei Malaysia di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata keputusan bagi tawaran pelaksanaan rangkaian 5G kedua itu akan dibuat berpandukan bidaan yang telah dikemukakan oleh setiap MNO.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR




“Kita jangkakan dalam masa yang tidak terlalu lama, saya belum mendapat maklumat daripada pihak MCMC…mereka yang uruskan.

“Biar proses berjalan dan kita jangka dalam tahun ini…untuk dimuktamadkan dan kita boleh umumkan,” katanya.

Empat MNO kemuka bidaan bagi tender 5G kedua

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula


 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button