Azizulhasni Kongsi Momen Pulang Bertemu Anak-Anak [VIDEO]

Netizen Sebak!-“Kebahagiaan Sebenar Dengan Keluarga…”

Azizulhasni Kongsi Momen Pulang Bertemu Anak-Anak [VIDEO]

Azizulhasni Kongsi Momen Pulang Bertemu Anak-Anak [VIDEO]

Perkongsian pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencetuskan rasa sebak netizen apabila kembali bertemu anak-anaknya setelah tamat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.

Datul Azizulhasni atau lebih mesra disapa sebagai Jijoe ini dilihat memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya bertemu keempat-empat anaknya setelah empat bulan terpisahkan disebababkan latihan dan acara keirin yang berlangsung di Paris, minggu lalu.



“POV: Bila bapa anda kembali pulang dari Olimpik Paris dan anda sudah empat bulan tidak bertemunya.”-kapsyen Azizulhasni di TikTok

@azizulhasniawang

POV: When your dad is coming back from Paris Olympics and you haven’t seen him for almost 4 months. . #azizulawangfamily #familytime #family #WeAreOneWithAzizul #demimalaysia #TeamAzizul #azizulawang #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Standing In The Eyes Of The World – Ella



“Tengok Laa Berapa Besar Jijoe Berkorban Untuk Negara…”

Perkongsian Jijoe dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak apabila melihat anak-anak jaguh berbasikal trek negara ini menangis ketika memeluk bapa mereka kerana terlalu lama berpisah demi negara.

“Mula-mula tu rasa macam jangan la bersara lagi Datuk, kejar gold medal olimpik LA pula. Bila tengok video ni, hmm takpelah. Bersara lah Datuk. Kebahagiaan sebenar dengan keluarga. Anak-anak perlukan Datuk. Thank you Datuk.”

“Tengok la berapa besar Jijoe berkorban untuk negara. 4 bulan tinggal anak isteri. Bila dia gagal, macam-macam orang kutuk. Tapi tengok laa, anak-anak bila ayah dia balik. Sampai nangis-nangi sebab terlalu rindu seorang ayah.”

“Kenapa aku nangis, haish.”



“Terima kasih Datuk, anda wira negara.”

“Anak sulung dia sebiji muka Datuk, manis je. Selamat berehat bersama keluarga, Datuk.”

“Allahu tersentuh tengok video ni. Berehat lah Datuk. Keluarga Datuk sangat-sangat memerlukan Datuk. Kami rakyat Malaysia akur dan harus pulangkan Datuk kepada keluarga.”

Azizulhasni Kongsi Momen Pulang Bertemu Anak-Anak [VIDEO]

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button