PRK Nenggiri: Strategi Ku Li Atau Annuar Musa?
PRK Nenggiri: Strategi Ku Li Atau Annuar Musa?
Bagi ahli politik dan parti politik yang mereka wakili, pilihanraya merupakan satu peperangan terbuka sesama mereka.
Matlamat utama adalah untuk menakluk dan memenangi hati pengundi supaya memberikan undi kepada calon parti mereka.
Sama seperti peperangan yang lain, strategi yang diatur adalah penentu terakhir kepada kemenangan.
Dengan keadaan pemikiran pengundi di Malaysia yang masih belum matang sepenuhnya, strategi terakhir di hari mengundi boleh mempengaruhi corak pengundian.
Kita tidak nafikan sudah wujud di kalangan rakyat Malaysia kumpulan pengundi di atas pagar.
Mereka lebih rasional dalam memberikan undi.
Kumpulan ini tidak akan mudah dipengaruhi dengan tukang karut di atas pentas politik di musim pilihanraya.
Undi yang akan mereka berikan akan bergantung kepada kredibiliti dan integriti calon dan parti yang mereka wakili.
Admin kurang bersetuju apabila kerajaan membuat keputusan untuk meluluskan Undi18.
Pada pandangan admin, golongan ini sangat mudah dimanipulasi oleh ahli politik untuk memastikan kemenangan berada di pihak mereka.
PRU 15 adalah bukti yang tidak boleh kita nafikan bagaimana golongan anak muda ini sangat mudah dipengaruhi.
Strategi Siapa Yang Akan Memenangi Hati Pengundi
Berbalik kepada pilihanraya kecil DUN Nenggiri.
Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Pilihanraya Kecil DUN Nengggiri untuk Kerajaan Perpaduan.
Annuar Musa pula dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Nenggiri untuk Perikatan Nasional.
Kedua-dua mereka adalah anak jati Kelantan.
Sama ada Barisan Nasional mahu pun Perikatan Nasional sedar, rakyat Kelantan memang tebal dengan semangat kenegerian mereka.
Ini antara alasan mengapa mereka berdua dilantik, walau pun kedua-dua mereka bukan ahli Dewan Rakyat mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri.
Namun kedua-dua mereka mampu memberikan impak kepada undi pengundi di hari kejadian.
Dari sudut pengaruh dan jasa kepada rakyat setempat, Ku Li dilihat memiliki kelebihan berbanding Annuar Musa.
Walau pun tewas dalam PRU 15 dengan majoriti tipis, namun Ku Li lebih disayangi dan dikenali oleh pengundi tempatan.
Pengalaman Ku Li dalam merangka strategi politik jangan di pandang ringan.
Perwatakan beliau yang lembut dan mesra dijangka mampu menarik undi di kalangan pengundi yang berumur 40 tahun ke atas.
Agak berbeza dengan Annuar Musa.
Perwatakan beliau yang agresif di pentas politik boleh membawa padah kepada Perikatan Nasional.
Namun begitu, Annuar Musa sememangnya dikenali sebagai seorang yang sangat mahir dalam menggerakkan black ops.
Dan sebagaimana yang admin katakan, strategi terakhir di hari mengundi boleh memberikan impak kepada sokongan pengundi.
Segala-galanya terpulang kepada pengundi di DUN Nenggiri.
PRK Nenggiri: Strategi Ku Li Atau Annuar Musa?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula
- Apakah Ada Nilai Kenegaraan Dalam Komik Hew?
- PRK DUN Mahkota: PN Naik Bendera Putih