2 lelaki Myanmar dituduh bunuh rakan senegara

Oleh – Syeikh Baran


2 lelaki Myanmar dituduh bunuh rakan senegara
Kedua-dua tertuduh, Zin Ton (baju kotak merah) Kyaw Hein ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

Dua lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang rakan senegara mereka pada awal Ogos lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Lay Zin Ton,24, dan Myo Kyaw Hein,20, ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Chia Huey Ting.



Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang bekerja di sebuah restoran makanan ala Thailand didakwa dengan niat bersama telah membunuh Saw James iaitu seorang lelaki warga Myanmar.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas, pada 4 Ogos lalu lebih kurang pukul 11 malam hingga 5 Ogos, lebih kurang pukul 3 pagi.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan seorang lelaki warga Myanmar berusia 30 tahun selepas menahan sembilan lelaki termasuk pemilik sebuah restoran masakan ala Thai di Bukit Genting, 5 Ogos lalu. 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button