Liga Super: Gol saat akhir Sri Pahang kecewakan TFC
Liga Super: Gol saat akhir Sri Pahang kecewakan TFC
KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) dirundung kekecewaan dipaksa berkongsi mata dengan Sri Pahang pada saat-saat akhir dalam aksi derbi Pantai Timur di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berakhir seri 1-1, sebentar tadi.
Ketua pasukan Sri Pahang, Stefano Brundo, muncul ‘duri dalam daging’ buat skuad TFC selepas menanduk bola sepakan sudut pada minit ke-93 untuk menyelamatkan skuad Tok Gajah pulang ke Kuantan dengan satu mata.
Awal permainan menyaksikan tidak banyak gerakan direncana kedua-dua pasukan namun TFC terlebih dahulu menguji kubu pelawat menerusi sepakan bebas Marin Pilj minit kelima.
Permainan terus hambar sehingga menuju penghujung separuh masa apabila sepakan percuma Sergio Aguero minit ke-44 ditepis keluar penjaga gol TFC, Mohd. Suhaimi Husin.
TFC terpaksa menanti minit kedua masa tambahan selepas bola hantaran Ubaidullah Shamsul Fazili singgah di kaki Nurillo Tukhtasinov yang melakukan percubaan tepat untuk memecahkan kebuntuan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Nilai Kenegaraan Dalam Komik Hew?
- PRK DUN Mahkota: PN Naik Bendera Putih
- Mengejutkan, Dua anak Mahathir masih belum dapat Isytiar harta.
Permainan lebih rancak ditunjukkan pada babak kedua menyaksikan percubaan Akhyar Rashid (m-48) yang melakukan larian solo dari sebelah kiri sekadar menggegar bahagian tepi gawang.
Tuan rumah perlu menyalahkan diri sendiri apabila Nik Shariff Haseefy Mohd. Lazim (m-85) dan Ubaidullah Shamsul (m-87) mensia-siakan peluang berhadapan penjaga gol pelawat.
Sewaktu aksi memasuki masa tambahan, Brundo menjadi wira menyambar sepakan sudut Muhd. Baqiudin Shamsudin sekaligus mengecewakan lebih 5,000 peminat setia TFC.
Keputusan 1-1 menyaksikan TFC memungut 15 mata daripada lapan perlawanan di tempat ketiga manakala Sri Pahang mengumpul tujuh mata di kedudukan kesembilan. – KOSMO! ONLINE
Liga Super: Gol saat akhir Sri Pahang kecewakan TFC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Nenggiri: Strategi Ku Li Atau Annuar Musa?
- “Move on” lah Muhyiddin, terima lah hakikat kamu tidak dapat jadi PM
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Muhyiddin Hina Institusi Agong Lagi!!!