Arsenal akan tamatkan dominasi City

Arsenal akan tamatkan dominasi City

Arsenal akan tamatkan dominasi City
KEHADIRAN Calafiori (tengah) memantapkan lagi benteng pertahanan dalam misi memastikan kejuaraan EPL musim ini. – AFP

LONDON – Enggan dikecewakan tiga kali berturut-turut, Arsenal kali ini dilihat lebih matang dan bersedia untuk mencabar juara bertahan empat musim berturut-turut, Manchester City pada saingan baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ini.

Kem Arsenal tidak begitu rancak dalam jendela perpindahan ketika ini apabila baru membeli seorang pemain iaitu pertahanan Itali dari Bologna, Riccardo Calafiori dan sedang menunggu ‘lampu hijau’ mendapatkan jeneral tengah Sepanyol dan Real Sociedad, Mikel Merino.

Begitupun, rata-rata penganalisis sukan di Eropah merasakan aksi 2024/2025 akan menjadi kempen menakjubkan buat The Gunners yang sudah dua musim berturut-turut bergelar naib juara selepas bersaing sengit dengan City sehingga ke penghujung saingan.



Biarpun cuma menang tiga daripada lima aksi pramusim tetapi skuad bimbingan Mikel Arteta mempamerkan persembahan dominan meskipun membariskan ramai pemain muda tanpa bintang-bintang utama yang diberikan cuti rehat selepas tamat aksi Euro 2024.

Bekas pemain tengah Arsenal, Paul Merson merasakan skuad lengkap Arsenal kali ini dijangka tiada masalah mencatat kemenangan selesa apabila menanti kunjungan Wolverhampton Wanderers untuk aksi pertama di Stadium Emirates malam ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula




“Wolves tidak akan jatuh liga tetapi saya tidak rasa mereka mampu mengulangi apa yang dilakukan seperti musim lalu. Arsenal ternyata jauh lebih sempurna dan sepatutnya tiada masalah untuk menang dengan mudah,” katanya.

Nada sama turut disuarakan legenda England, Jamie Carragher dan merasakan Arsenal berupaya menang dengan lebih tiga gol berdasarkan barisan pemain mereka yang bebas daripada sebarang kecederaan ketika ini.

Apa yang pasti, benteng pertahanan Arsenal musim ini pastinya lebih kebal dengan kehadiran Calafiori selain pembelian musim lalu, Jurrien Timber juga sudah pulih daripada kecederaan sekali gus memeningkan kepala Arteta menyenaraikan kesebelasan terbaik. – AGENSI

Arsenal akan tamatkan dominasi City


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Muhyiddin Hina Institusi Agong Lagi!!!

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button