Debut Slot, Liverpool laung tiada belas ihsan

Debut Slot, Liverpool laung tiada belas ihsan

Debut Slot, Liverpool laung tiada belas ihsan
PARA pemain Liverpool dilihat sudah selesa dengan falsafah pengurus baharu menjelang aksi menentang Ispwich hari ini. – LIVERPOOL FC

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot memberi bayangan pasukannya tidak akan menunjukkan ‘ihsan’ menjelang aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang pendatang baharu, Ipswich Town di Stadium Portman Road hari ini.

Menurut Slot, barisan pemain sudah mula ‘hadam’ dengan falsafah taktikal yang diterapkan apabila berjaya melakar empat kemenangan dalam lima perlawanan persahabatan pramusim yang dijalankan sejak bulan lepas.

Kata Slot, tidak banyak perubahan taktikal dilakukan berbanding Jurgen Klopp yang mengendalikan The Reds musim lepas tetapi lebih menekankan aspek pengawalan bola lebih baik.



“Saya rasa tiada perubahan ketara dari segi taktikal kerana saya mempunyai falsafah bola sepak yang sama dengan mana-mana kelab sebelum ini. Dan Saya boleh katakan hampir sama dengan Klopp tetapi lebih banyak penguasaan bola.

“Saya percaya selepas lebih sebulan bersama pasukan, barisan pemain boleh mempamerkan prestasi yang diharapkan pada aksi pertama EPL dengan mempamerkan corak permainan menarik selain meraih banyak gol,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula




Ia juga bakal menjadi debut pertama Slot dalam kancah EPL selepas dilantik sebagai pengurus menggantikan tempat Klopp pada 1 Jun lalu.

Sementara itu, penyerang The Reds, Cody Gakpo berharap rakan-rakan sepasukan tidak memandang rendah dengan keupayaan Ipswich yang memiliki kelebihan bermain di laman sendiri nanti.

“Saya rasa sebagai pendatang baharu, Ipswich pasti mahu membuktikan sesuatu dan saya harap pasukan berwaspada meskipun jelas misi kita adalah untuk memburu tiga mata berharga sekali memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan,” katanya. – AGENSI

Debut Slot, Liverpool laung tiada belas ihsan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Hina Institusi Agong Lagi!!!

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button