JIM selamatkan lelaki jadi buruh paksa bawah umur
JIM selamatkan lelaki jadi buruh paksa bawah umur
Shah Alam: Seorang lelaki warga asing bawah umur yang disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa diselamatkan dalam operasi membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di dua restoran, di sini, kelmarin.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Jafri Embok Taha berkata, operasi itu dijalankan jam 10.30 malam membabitkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
Katanya, operasi itu turut menggunakan pendekatan mengenal pasti mangsa
pemerdagangan orang dalam kalangan golongan rentan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Nilai Kenegaraan Dalam Komik Hew?
- PRK DUN Mahkota: PN Naik Bendera Putih
- Mengejutkan, Dua anak Mahathir masih belum dapat Isytiar harta.
“Semasa operasi dijalankan, seorang pekerja yang menyedari kehadiran pegawai JIM bertindak melarikan diri, namun berjaya diberkas semula,” katanya dalam kenyataan.
Jafri berkata, hasil pemeriksaan dilakukan, pihaknya menahan dua majikan tempatan dan empat saman saksi dikeluarkan kepada individu dikenal pasti bagi membantu siasatan.
“JIM memulakan siasatan bagi melihat kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) iaitu memperdagangkan orang yang juga kanak-kanak untuk dieksploitasi.
“JIM sentiasa memandang serius perkara seumpama ini dan akan meneruskan operasi penguatkuasaan serta mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak didapati melakukan kesalahan pemerdagangan orang di bawah ATIPSOM 2007 (Akta 670),” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anak Mahathir Di Beri Lanjutan Isytihar Harta
- Minda Luar Sedar Annuar Musa Bila Bercakap Tentang KESEDAR
- Panglima perang dan “Sidekick” Mahathir hilangkan diri
Katanya, JIM mengalu-alukan kerjasama masyarakat jika mempunyai maklumat berhubung jenayah pemerdagangan orang bagi memastikan tindakan undang-undang boleh diambil.
“Ia adalah selaras dengan usaha kerajaan bagi membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.
“Sebarang aduan atau maklumat boleh disalurkan ke Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA dengan menghubungi talian 03-88801471 atau melalui e-mel [email protected],” katanya.
JIM selamatkan lelaki jadi buruh paksa bawah umur
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Nenggiri: Strategi Ku Li Atau Annuar Musa?
- “Move on” lah Muhyiddin, terima lah hakikat kamu tidak dapat jadi PM
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Muhyiddin Hina Institusi Agong Lagi!!!