Kes doktor dirogol di hospital cetus protes di India

Kes doktor dirogol di hospital cetus protes di India

Kes doktor dirogol di hospital cetus protes di India
ORANG ramai menyertai demonstrasi bagi menuntut keadilan susulan kes rogol doktor di hospital di Kolkata. FOTO AFP

New Delhi: Ribuan orang berarak di jalan raya di Kolkata bagi menuntut keadilan selepas kejadian rogol dan pembunuhan membabitkan seorang doktor di negara itu, baru-baru ini.

Kejadian itu membangkitkan kemarahan masyarakat di seluruh negara terhadap isu keganasan yang kronik terhadap wanita.

Di samping kemarahan rakyat biasa, doktor turut meningkatkan penganjuran demonstrasi dan menyertai mogok pada Jumaat, dengan protes turut diadakan di ibu negara dan beberapa bandar lain susulan pembunuhan kejam itu.



Penemuan mayat wanita berusia 31 tahun dengan berlumuran darah pada 9 Ogos lalu di sebuah hospital kerajaan di timur bandar Kolkata itu mencetuskan protes di seluruh negara.

“Kami mahukan keadilan,” laung doktor semasa protes di Kolkata sambil mengangkat plakad tanda tulisan tangan ‘Tiada keselamatan, tiada perkhidmatan!’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula




Penunjuk perasaan, Sumita Datta, 59, berkata, dia meluat kerana serangan yang kurang ajar dan ganas itu boleh dilakukan di hospital terkenal di tengah-tengah bandar.

“Begitu ramai orang berada di sini untuk mengambil bahagian dalam protes. Rasanya seperti harapan sedang dinyalakan semula,” katanya.

Doktor yang berada di hospital kerajaan di beberapa negeri pada Isnin menghentikan perkhidmatan sebagai tanda protes.

Pelbagai kesatuan perubatan dalam sistem kerajaan dan swasta turut menyokong mogok itu.



“Kami memperhebatkan bantahan kami untuk menuntut keadilan untuk rakan sekerja kami,” kata Suvrankar Datta di hospital All India Institutes of Medical Sciences (AIIMS) di sini, Jumaat lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR


Persatuan Perubatan India juga menggesa menghentikan perkhidmatan seluruh negara selama 24 jam mulai Sabtu, dengan penggantungan semua prosedur yang tidak penting di hospital swasta.



Doktor menuntut perlaksanaan Akta Perlindungan Pusat, rang undang-undang untuk melindungi pekerja penjagaan kesihatan daripada keganasan.

Orang ramai juga berarak di beberapa bandar minggu ini, termasuk pada perhimpunan tengah malam menyalakan lilin di Kolkata.

Media India melaporkan bahawa doktor yang dibunuh itu ditemukan di dewan seminar hospital pengajar itu, menunjukkan dia pergi ke sana untuk berehat semasa syif yang panjang.

Bedah siasat mengesahkan serangan seksual, menurut penyiar India NDTV. Dalam petisyen kepada mahkamah, ibu bapa mangsa berkata, mereka mengesyaki anak perempuan mereka dirogol beramai-ramai.



Kes doktor dirogol di hospital cetus protes di India

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Hina Institusi Agong Lagi!!!



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button