Panda Ying Ying lahirkan kembar di Zoo Hong Kong
Panda Ying Ying lahirkan kembar di Zoo Hong Kong
Hong Kong: Pihak berkuasa tempatan pada Khamis mengumumkan kelahiran dua ekor anak panda gergasi di Ocean Park Hong Kong oleh ibu panda tertua di dunia yang melahirkan anak buat kali pertama.
Anak panda betina dan jantan itu dilahirkan selepas dikandungkan secara semula jadi oleh ibu panda Ying Ying dan bapa panda Le Le pada Mac, kata kerajaan Hong Kong dalam satu kenyataan.
Mereka adalah pasangan anak panda kembar pertama yang dilahirkan di Hong Kong, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Ini adalah tempoh yang sangat kritikal untuk kesihatan anak-anak panda gergasi yang baru lahir,” menurut kenyataan itu.
Pakar dari zoo dan Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China (CCRCGP) telah memantau keadaan Ying Ying dan anak-anaknya sepanjang masa, tambah kenyataan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Nilai Kenegaraan Dalam Komik Hew?
- PRK DUN Mahkota: PN Naik Bendera Putih
- Mengejutkan, Dua anak Mahathir masih belum dapat Isytiar harta.
Ying Ying menyambut ulang tahun ke-19 pada Jumaat, menjadikannya ibu panda tertua di dunia yang melahirkan anak buat kali pertama, kata Ocean Park.
“Kelahiran ini adalah satu keajaiban yang jarang berlaku, terutama memandangkan Ying Ying adalah panda gergasi tertua yang berjaya melahirkan anak buat kali pertama,” kata pengerusi Ocean Park Corporation, Paulo Pong, dalam satu kenyataan.
Menurut zoo berkenaan, anak panda jantan yang baru lahir seberat 112 gram, manakala anak betina, yang kelihatan sedikit lemah, seberat 122 gram.
Anak panda yang dikandungkan secara semula jadi jarang berlaku di zoo kerana panda gergasi jarang membiak dalam kurungan dan betina hanya subur untuk beberapa hari sahaja setiap tahun.
Ying Ying dan Le Le diberikan kepada Hong Kong oleh Beijing pada 2007.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anak Mahathir Di Beri Lanjutan Isytihar Harta
- Minda Luar Sedar Annuar Musa Bila Bercakap Tentang KESEDAR
- Panglima perang dan “Sidekick” Mahathir hilangkan diri
Haiwan terancam ini banyak ditemukan di alam liar terutamanya di wilayah Sichuan, barat daya, China. China mempunyai sejarah panjang meminjamkan panda kepada negara asing, satu amalan yang sering dirujuk sebagai “diplomasi panda.”
Panda Ying Ying lahirkan kembar di Zoo Hong Kong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Nenggiri: Strategi Ku Li Atau Annuar Musa?
- “Move on” lah Muhyiddin, terima lah hakikat kamu tidak dapat jadi PM
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :