Lima mayat dipenuhi kesan peluru tergantung pada tiang elektrik

Lima mayat dipenuhi kesan peluru tergantung pada tiang elektrik

Lima mayat dipenuhi kesan peluru tergantung pada tiang elektrik
FOTO fail menunjukkan askar Pakistan berkawal di Quetta, Balochistan, sehari sebelum pilihan raya negara itu pada Februari 2024. FOTO AFP

Islamabad: Mayat lima orang yang dipenuhi kesan peluru ditemukan tergantung pada tiang elektrik di Balochistan pada Jumaat, kata pegawai kerajaan.

Mayat ditemukan awal pagi berhampiran sebuah kolej di bandar Dalbandin di Balochistan, di mana kumpulan pejuang pemisah melancarkan pemberontakan yang panjang dan berdarah.

“Lima mayat dengan kesan peluru ditemukan tergantung pada tiang elektrik.



“Mereka dipindahkan ke hospital tempatan. Doktor sudah memastikan bahawa punca kematian adalah beberapa kesan tembakan, kebanyakannya di bahagian dada,” kata pegawai kanan kerajaan di kawasan itu, Attiq Shahwani.

Beliau berkata, lelaki itu berkemungkinan dibunuh pada Khamis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Dakwa Rakyat Mahu Beliau Jadi PM Semula




Tiada laporan orang hilang didaftarkan dengan polis tempatan dan lelaki itu masih belum dikenal pasti, tambahnya.

Penguasa Kanan Polis (SSP) Mir Hussain Lehri berkata, identiti mereka tidak dikenal pasti, sambil menambah bahawa mangsa ditembak mati.

Dia berkata, semua individu adalah warga Afghanistan.

Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Pangkalan Data dan Pendaftaran Negara (Nadra) diminta untuk memastikan identiti si mati menggunakan cap jari.



Tambahnya, polis sudah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu selepas mengumpul bukti.

Balochistan adalah kawasan kepada beberapa kumpulan militan, ada yang berjuang untuk kemerdekaan atau sebahagian besar sumber mineral di rantau ini, dengan pasukan keselamatan sering menjadi sasaran pengeboman.

Lima mayat dipenuhi kesan peluru tergantung pada tiang elektrik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Muhyiddin Hina Institusi Agong Lagi!!!

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button