Kemenangan BN Tidak Menumbangkan Kerajaan Kelantan, Tetapi…

Kemenangan BN Tidak Menumbangkan Kerajaan Kelantan, Tetapi...

Kemenangan BN Tidak Menumbangkan Kerajaan Kelantan, Tetapi…

 

Sebelum pilihanraya kecil DUN Nenggiri, pemerhati politik menjangkakan akan berlaku pertembungan sengit antara UMNO/BN dan PAS/PN.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata, manifesto Perikatan Nasional dalam pilihanraya kecil DUN Nenggiri akan memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional.



Beliau menuduh UMNO/BN angkuh kerana tidak mengemukakan sebarang manifesto dalam pilihanraya kecil tersebut.

Ahmad Fauzi juga beranggapan, UMNO/BN terlalu yakin kerana demografi pengundi yang menyaksikan 85% pengundi Melayu.

Dan selebihnya sebanyak 15% adalah terdiri dari pengundi Orang Asli.

Menurut beliau, keangkuhan UMNO/BN akan membuatkan mereka menyesal di harin pengundian nanti.



Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula mempunyai pandangan yang agak berbeza dari Ahmad Fauzi.

Azmi berpendapat, manifesto tidak berapa relevan di peringkat pilihanraya kecil.

Namun begitu, Azmi juga menjangkakan pertembungan sengit akan berlaku di antara UMNO/BN dan PAS/PN.

Itu adalah pandangan penganalisa politik dan kita menghormati pandangan mereka.



Tetapi sebagaimana yang admin katakan, faktor sebenar yang akan menentukan kemenangan calon berada di tangan pengundi.

Rakyat Mula Menolak Perikatan Nasional

 

Rakyat sudah bersuara dan suara rakyat adalah kuasa keramat.

Pengundi di DUN Nenggiri telah memutuskan untuk memberikan mandat kepada calon UMNO/BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.



Mohd Azmawi menewaskan calon PAS/PN, Mohd Rizwadi Ismail dengan majoriti 3,372 undi.

UMNO/BN yang diwakili Azmawi memperolehi 9,112 undi.

Manakala PAS/PN yang diwakili oleh Rizwadi pula hanya mampu memperolehi 5,741 undi.

Sebagaimana yang kita ketahui, kemenangan Barisan Nasional di DUN Nenggiri tidak akan mampu menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.



Tetapi ada mesej yang sangat jelas dari rakyat kepada Perikatan Nasional.

Berbanding pilihan raya negeri tahun lalu, PRK kali ini hanya terdapat penambahan 40 pengundi berdaftar.

Namun, kadar keluar mengundi kali ini jauh lebih tinggi iaitu 73.9% berbanding 61% tahun lalu.

Peratusan undi Barisan Nasional juga meningkat kepada 61.3% berbanding 46.7% tahun lalu.



Ini membawa kepada peningkatan undi sebanyak 3,384 undi kepada 9,091 undi yang diterima oleh Barisan Nasional.

Tetapi peratusan undi Perikatan Nasional di kerusi tersebut merosot daripada 53.3% tahun lalu kepada 38.7%.

Jumlah undi yang diterima juga menurun daripada 6,517 undi kepada 5,739 undi.

Ini berbeza dengan peratudan undi yang diterima Perikatan Nasional di pilihanraya kecil DUN Jeram dan DUN Simpang Pulai.

Walaunpun tewas di kedua-dua pilihanraya kecil tersebut, namun peratusan undi yang mereka terima meningkat.

Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Nenggiri, Annuar Musa, cuba memberikan alasan kekalahan Perikatan Nasional kerana 2,000 pengundi putih mereka tidak keluar mengundi.

Beliau menuduh ianya berlaku kerana kononnya pihak lain sudah mendapat habuan dari pihak tertentu.

Tetapi bagi admin, ia hanyalah tuduhan liar untuk menutup kekalahan kerana tiada bukti atau aduan dibuat ke pihak berkuasa.

Pantai Sudah Mula Berubah Dan Tebing Sudah Mula Goyah

 

Benar, parlimen Gua Musang adalah kubu kuat dan kawasan tradisi UMNO/BN.

Persoalannya, mengapakah dalam PRU 15 dan PRN Kelantan, ianya mampu dirampas oleh PAS/PN tetapi tidak kali ini?

Ia membawa kepada 2 kemungkinan.

Pertama, ada sesuatu yang tidak kena dalam PRU 15 dan PRN Kelantan tahun lepas dan perkara tersebut tidak dapat diulangi kali ini.

Kedua, rakyat Kelantan sudah bosan dengan permainan tuduhan liar dan fitnah pemimpin Perikatan Nasional.

Tetapi yang pastinya, pantai sudah mula berubah dan tebing sudah mula goyah.

Kemenangan Barisan Nasional tidak akan menunbangkan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan.

Tetapi kekalahan PAS/PN di Nenggiri adalah ibarat jarum yang ditusuk tepat ke jantung hati.

 

Kemenangan BN Tidak Menumbangkan Kerajaan Kelantan, Tetapi…

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button