Faktor Kemenangan UMNO Di PRK Nenggiri

Faktor Kemenangan UMNO Di PRK Nenggiri

Faktor Kemenangan UMNO Di PRK Nenggiri

 

Sketsa pilihanraya kecil DUN Nenggiri sudah pun melbuhkan layarnya.

Ianya berakhir dengan kemenangan bergaya dengan UMNO/BN menang bergaya menewaskan PAS/PN di negeri pemerintahan PAS.



Sebagaimana yang dijelaskan dalam artikel sebelum ini, kemenangan UMNO/BN sememangnya tidak menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

Tetapi kekalahan PAS di negeri pemerintahan mereka ibarat jarum yang ditusuk tepat ke jantung hati PAS/PN.

Penganalisa politik masih lagi memperhalusi faktor yang membuatkan UMNO/BN mendapat kemenangan bergaya di DUN Nenggiri.

Sebelum pilihanraya, ramai menjangkakan akan berlaku pertembungan sengit antara UMNO/BN dan PAS/PN.



Mana-mana pihak yang menang, dijangka hanya akan memperolehi majoriti kemenangan yang tipis atau setidaknya kurang dari 1,000 undi.

Formula Francais PAS/PN Yang Memakan Diri

 

Kita tertarik dengan hujah yang diberikan oleh salah seorang pemimpin veteran UMNO, Sharir Samad.

Di dalam akaun Facebook, beliau berkata formula francais Perikatan Nasional yang diilhamkan Muhyiddin merupakan punca kekalahan Perikatan Nasional.



“Muhyiddin selaku pengerusi PN dan Presiden PPBM telah francaiskan penyertaan PPBM dalam PRK DUN Nenggiri kepada PAS.”

“Ini adalah suatu yang luar biasa bagi mana-mana parti politik.”

“Lebih-lebih lagi bagi pemimpin utamanya yang sampai hari ini masih terkilan.”

“Sehingga mengungkit keputusan Agong tidak melantiknya sebagai PM selepas PRU15,” sindir Shahrir Samad.



Apa yang dikatakan oleh Shahrir Samad ada kebenarannya.

Jangan dipandang rendah intelektual pengundi hari ini.

Tidak ada keperluan sebenarnya memaksa ahli PAS untuk meninggalkan parti tersebut dan melompat ke PPBM semata-mata kerana sikap tamak PPBM.

Mengapa tidak dikekalkan calon tersebut dengan jenama PAS?



Bukankah Kelantan adalah kubu kuat PAS dan PPBM hanya sekadar melukut di tepi gantang.

Pengundi merasakan mereka diperbodohkan dan akibatnya adalah kekalahan teruk PAS/PN di pilihanraya kecil DUN Nenggiri.

Kemudahan Asas Yang Tidak Di Endahkan Kerajaan PAS Kelantan

 

Beberapa hari sebelum hari mengundi, atas usaha kerajaan pusat, akhirnya penduduk Nenggiri mendapat mendapat kemudahan mesin ATM.



Sama ada ianya adalah gula-gula pilihanraya atau pun tidak bukan isu utama.

Persoalan utama adalah mengapa selama berdekad kerajaan PAS berkuasa di Kelantan ianya tidak disediakan untuk rakyat.

Bayangkan rakyat terpaksa meredah perjalanan sejauh 50 kilometer hanya kerana mahu keluarkan duit di mesin ATM.

Tidak dapat kita bayangkan di abad ke 21, keadaan ini masih berlaku di Malaysia.

Isu Pemilikan Tanah KESEDAR

 

Isu pemilikan tanah KESEDAR tidak mampu dijawab dengan baik oleh pemimpin PAS/PN.

Walau pun cuba memutarbelitkan fakta, namun akhirnya jawapan yang diberikan hanya membuka pekong di dada sendiri.

Rakyat akhirnya sedar, siapa sebenarnya dalang kepada masalah pemilikan tanah KESEDAR.

Tengku Razaleigh Wira Tak Di Dendang Di PRK Nenggiri

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

 

Sama ada pemimpin dari UMNO/PN atau PAS/PN mahu mengakui atau pun tidak, faktor aura Tengku Razaleigh merupakan antara faktor utama kemenangan bergaya UMNO/BN.

Tengku Razaleigh atau Ku Li ibarat wira yang tak didendang di dalam pilihanraya kecil DUN Nenggiri.

DUN Nenggiri berada di dalam parlimen Gua Musang dan Ku Li sudah menjadi ahli Dewan Rakyat Gua Musang selama beberpa penggal.

Bukan sedikit jasa Ku Li kepada penduduk setempat.

Paling ketara adalah sikap Ku Li yang mesra rakyat dan ikhlas menaburkan budi kepada rakyat setempat.

Admin agak terkejut apabila Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, cuba mengambil kredit dari kemenangan besar UMNO/BN.

Beliau mendakwa, kemenangan UMNO/BN membuktikan rakyat menerima ikhtiar ekonomi Anwar Ibrahim.

Bukan kita menafikan peranan kerajaan pusat dalam memulihkan ekonomi negara.

Juga kita tidak menafikan peranan PKR dalam kempen pilihanraya kecil DUN Nenggiri.

Tetapi untuk mendakwa ikhtiar ekonomi kerajaan pusat memberikan impak langsung kepada kemenangan di PRK DUN Nenggiri adalah keterlaluan.

Apakah ikhtiar ekonomi Anwar tidak mempunyai impak dalam pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap hingga calon PKR tewas?

 

Faktor Kemenangan UMNO Di PRK Nenggiri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button