UMNO Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Di DUN Nenggiri

UMNO Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Di DUN Nenggiri

UMNO Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Di DUN Nenggiri

 

Kemenangan UMNO/BN dalam pilihanraya kecil DUN Nenggiri memang satu pencapaian yang sangat baik.

Tidak keterlaluan jika dikatakan ianya merupakan antara pencapaian terbaik UMNO dalam mana-mana pilihanraya selepas PRU 15.



UMNO menang dengan majoriti yang besar di negeri yang sudah berdekad lamanya dalam genggaman parti lawan.

Menang dalam keadaan parti sekutu di dalam Barisan Nasional cuba membiarkan UMNO sendirian menghadapi pilihanraya.

Sejujurnya, sebelum pilihanraya kecil DUN Nenggiri, tidak ramai yang memberi harapan kepada UMNO untuk menang.

Namun begitu, dengan segala masalah yang dihadapi, UMNO akhirnya membuktikan, parti tersebut masih lagi disayangi oleh orang Melayu dan masyarakat Orang Asli.



Namun begitu, UMNO mesti sedar.

Kemenangan di pilihanraya kecil DUN Nenggiri, bukanlah gambaran sebenar sokongan orang Melayu kepada UMNO secara keseluruhan.

Ia boleh dianggap sebagai satu permulaan yang baik, tetapi tidak boleh dijadikan sebagai noktah kepada usaha untuk UMNO bangkit kembali.

Masih banyak yang perlu dilakukan oleh UMNO supaya parti tersebut kembali menjadi parti kesayangan orang Melayu.



Walau pun pengundi muda di DUN Nenggiri sudah kembali kepada UMNO, namun masih ramai lagi anak muda yang mesti didekati.

Walau pun peneroka sudah kembali mesra dengan UMNO, jangan lupa, masih ribuan peneroka yang masih rindu kepada kasih sayang UMNO yang sebenarnya.

Paling penting, apa yang perlu dipelajari oleh UMNO dalam pilihanraya kecil Nenggiri adalah arti sebenar keikhlasan dalam perjuangan.

Belajarlah dari sikap merendah diri pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li.



Sikap beliau yang mesra kepada rakyat, ikhlas membantu rakyat walau pun tiada sebarang jawatan mesti dicontohi.

Tidak perlu bertegang urat untuk menuduh atau memfitnah pihak lawan sebagaimana yang dilakukan oleh parti musuh.

Sayangi dan dekati rakyat dengan penuh keikhlasan.

Pasti rakyat akan menterjemahkan kasih sayang dan keprihatinan pemimpin di hari mengundi.



Perjalanan baru bermula dan bukannya sudah sampai ke garis penamat.

 

UMNO Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Di DUN Nenggiri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button