Pengarah Media, Komunikasi Strategik PMO, Rozaid meninggal dunia

Pengarah Media, Komunikasi Strategik PMO, Rozaid meninggal dunia

Pengarah Media, Komunikasi Strategik PMO, Rozaid meninggal dunia
Pengarah Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman

PUTRAJAYA – Pengarah Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia kerana masalah jantung di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya, hari ini.

Berita kematian itu disahkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebentar tagi.

Sebelum ini, beliau menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor sejak 1 Julai lalu dan telah dibenarkan keluar pada 6 Ogos lalu.



Rozaid, 59, sebelum ini dilantik ke jawatan itu pada Mei 2023.

Rozaid sebelum ini ialah Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pemberita kadet di Utusan Malaysia pada April 1984.

Pada Disember 1989, beliau mencatat sejarah sebagai wartawan Malaysia yang pertama memasuki terowong yang dibina oleh anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di sempadan Malaysia-Thailand sejurus selepas termeterainya perjanjian damai di antara PKM dan kerajaan Malaysia. – KOSMO! ONLINE



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

UMNO Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Di DUN Nenggiri



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button