Petinju kontroversi diberi sambutan meriah

Petinju kontroversi diberi sambutan meriah

Petinju kontroversi diberi sambutan meriah
IMANE berjaya meraih pingat emas ketika saingan Olimpik Paris sebelum ini. – AFP

ALGIERS – Pemenang pingat emas Olimpik, Imane Khelif disambut dengan penuh meriah oleh para peminat sejurus tiba di kampung halamannya dan berhasrat akan terus mengharumkan nama negaranya, Algeria di pentas dunia.

Negara Afrika Utara itu memberikan layanan bak selebriti kepada petinju wanita itu sejak kepulangannya ke Algiers awal minggu ini terutama di kawasan luar bandar iaitu tempat dia dibesarkan dan memulakan kariernya dalam sukan tinju.

Imane dan bintang trek Djamel Sedjati diberikan penghormatan oleh pemimpin tempatan dan kemudian diarak melalui jalan-jalan menggunakan bas dengan ribuan rakyat mengangkat tangan dan merakam gambar.



“Semua lelaki dan wanita Algeria berhak untuk gembira dan meraikan kejayaan ini, ini membuktikan bahawa kerajaan dan rakyat bersatu di belakang sukan, katanya.

Kehadiran Imane di final Sukan Olimpik mengikat seluruh rakyat Algeria dalam satu suara selepas mereka bersatu mempertahankannya daripada serangan antarabangsa yang penuh kontroversi dan spekulasi tidak berasas mengenai jantinanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Hina Institusi Agong Lagi!!!




Meskipun dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang wanita, Khelif mendapati dirinya menjadi subjek perdebatan hangat di Barat mengenai isu jantina, seks dan sukan.

Spekulasi tersebut muncul setelah dia gagal dalam ujian kelayakan yang tidak jelas dan dipertikaikan untuk kategori wanita yang dijalankan oleh Persatuan Tinju Antarabangsa yang juga sebuah badan yang telah diharamkan sejak tahun 2023.

Ketika personaliti terkenal seperti Elon Musk, J.K. Rowling, dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, membuat kenyataan dalam talian yang merujuk Khelif sebagai lelaki, rakyat Algeria melihat kontroversi tersebut sebagai satu serangan terhadap maruah negara mereka. -AGENSI

Petinju kontroversi diberi sambutan meriah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



UMNO Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Di DUN Nenggiri

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button