Sukma 2024: Sarawak perkukuh kedudukan teratas pungutan pingat
Sukma 2024: Sarawak perkukuh kedudukan teratas pungutan pingat
KUCHING: Satu lagi pingat emas dituai oleh kontinjen Sarawak dalam kempen Sukan Malaysia (Sukma) 2024 hari ini, mengukuhkan lagi kedudukan pasukan tuan rumah itu di tangga teratas dalam carta pungutan pingat.
Pingat emas ke-14 itu disumbangkan oleh atlet Petanque, Dayang Nurulnuhaa Fasihah Abang Misbahhuddin, 18, yang mengalahkan atlet Wilayah Persekutuan, Nur Arissa Qasreena Ratinan dalam kategori Shooting Wanita di Arena Petanque Santubong, di sini.
Selain itu, atlet menembak iaitu Muhd Razin Nifail, Mohd Haziq Fadhil dan Adrielend Alexander turut menambah koleksi pingat perak menerusi kategori Rifle Udara 10M Berpasukan Lelaki manakala Aira Nadirah Aizuddin, 19, menyumbang pingat gangsa menerusi acara Memanah 50M Wanita Individu.
Setakat pukul 4.30 petang ini, Sarawak mengumpulkan 14 emas, 11 perak dan tujuh gangsa dengan acara Taekwondo menyumbang tujuh pingat, Wushu (3), Tenpin Boling (3) dan Petanque (1).
Pingat perak pula dikutip menerusi acara Wushu (5), Taekwondo (2), Tenpin Boling (1), Sepak Takraw Berpasukan Wanita (1), Boling Padang (1) dan Menembak Rifle Udara 10M Berpasukan Lelaki (1).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Nenggiri: Strategi Ku Li Atau Annuar Musa?
- “Move on” lah Muhyiddin, terima lah hakikat kamu tidak dapat jadi PM
Manakala pingat gangsa daripada acara Wushu (4), Boling Padang (1), Taekwondo (1) dan Memanah 50M Wanita Individu (1).
Sementara itu, Pulau Pinang mempertahankan kedudukan di tangga kedua dalam carta pungutan pingat dengan 10 emas, 10 perak dan 20 gangsa.
Tangga ketiga pula dirampas oleh Terengganu daripada Melaka, dengan kelebihan tiga pingat gangsa.
Terengganu kini mengumpulkan lapan emas, enam perak dan tiga gangsa manakala Melaka yang berada di tangga keempat mengutip lapan emas, enam perak dan lapan gangsa.-KOSMO! ONLINE
Sukma 2024: Sarawak perkukuh kedudukan teratas pungutan pingat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
UMNO Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Di DUN Nenggiri