Lelaki cipta rekod dunia, miliki 3,615 telefon bimbit

Lelaki cipta rekod dunia, miliki 3,615 telefon bimbit

Lelaki cipta rekod dunia, miliki 3,615 telefon bimbit
WENCES Palau Fernandez bersama sebahagian daripada koleksi telefon bimbitnya. FOTO GWR

Madrid: Seorang lelaki Sepanyol yang sangat obses dengan telefon bimbit model Nokia melakar sejarah dalam Rekod Dunia Guinness (GWR) kerana mengumpul 3,615 telefon bimbit.

Portal UPI melaporkan, ​​Wences Palau Fernandez dari Barcelona berkata, cintanya terhadap telefon itu bermula apabila dia menerima Nokia 3210 warna kelabu untuk Hari Krismas pada 1999.

Sejak 2008, dia mula mengumpul telefon Nokia yang pada masa lalu, tidak mampu dibelinya.



Koleksinya bertambah apabila Fernandez mula mengumpul jenama telefon bimbit lain hingga menjadikannya pengumpul telefon bimbit terbanyak di dunia.

“Evolusi koleksi saya adalah berterusan, dan walaupun saya meninggalkannya selama kira-kira setahun, kemudian saya teruskan dengan niat untuk mendapatkan (telefon bimbit).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Hina Institusi Agong Lagi!!!




“(Ia) sebagai tambahan kepada semua telefon yang dilancarkan Nokia di pasaran iaitu telefon bimbit ini yang tidak dijual (di pasaran), telefon yang kita semua kenali sebagai prototaip,” katanya kepada GWR.

Beberapa telefon yang lebih luar biasa dalam koleksinya ialah versi Yoda, Starfighter, Obi-Wan Kenobi, Cyborg dan Padawan daripada koleksi Nokia 3220 Star Wars Episode III.

“Dalam koleksi saya, saya mempunyai model yang sangat eksklusif dan sukar dicari. Koleksi semasa saya adalah hasil daripada ketekunan dan usaha mengumpul wang.

“Jika kamu seorang pengumpul, kamu pasti tahu apa yang saya maksudkan. Koleksi yang masih belum lengkap tetapi saya terus kembangkan apabila boleh,” katanya.



Lelaki cipta rekod dunia, miliki 3,615 telefon bimbit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

UMNO Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Di DUN Nenggiri

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button