Pembunuh pelajar kejururawatan dikenal pasti selepas 40 tahun
Pembunuh pelajar kejururawatan dikenal pasti selepas 40 tahun
Washington: Suspek kes bunuh seorang penuntut jurusan kejururawatan Universiti Texas, yang berusia 25 tahun, lebih 40 tahun lalu, akhirnya dikenal pasti baru-baru ini, menurut Jabatan Polis Austin.
Portal NBC news melaporkan, Deck Brewer Jr, 78, didakwa atas pembunuhan Susan Leigh Wolfe pada Rabu lalu, menerusi padanan asid deoksiribonukleik (DNA) .
Brewer sedang menjalani hukuman penjara di Massachusetts atas tuduhan tidak berkaitan.
Pada kejadian malam 9 Januari 1980, Wolfe berjalan ke rumah rakannya apabila seorang lelaki memberhentikan Dodge Polara dan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta berkenaan.
Seorang saksi melihat pintu penumpang kereta itu terbuka tetapi tidak melihat apa yang berlaku.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Nenggiri: Strategi Ku Li Atau Annuar Musa?
- “Move on” lah Muhyiddin, terima lah hakikat kamu tidak dapat jadi PM
Mayat Wolfe ditemukan pada keesokan paginya di sebuah lorong di Austin.
Punca kematian ditentukan sebagai kecederaan akibat tembakan di kepala. Menurut polis, terdapat juga bukti bahawa mangsa dicekik dan diserang secara seksual.
Selama bertahun-tahun, siasatan menjurus kepada 40 individu dan enam daripadanya disoal siasat.
Perkembangan utama dalam kes itu adalah pada April 2023, apabila detektif menyerahkan bukti berkaitan dengan serangan seksual terhadap Wolfe.
Hampir setahun kemudian, bukti mengetepikan enam suspek sebelumnya dan mengenal pasti Brewer sebagai suspek.
Pembunuh pelajar kejururawatan dikenal pasti selepas 40 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
UMNO Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Di DUN Nenggiri