Pendapat Biden hanya ilusi – Hamas

Pendapat Biden hanya ilusi – Hamas

Pendapat Biden hanya ilusi - Hamas
PENDUDUK Palestin berdiri di lokasi serangan udara Israel, yang menempatkan orang ramai yang kehilangan tempat tinggal, di tengah Gaza. FOTO Reuters

Baitulmaqdis: Seorang pegawai kanan Hamas pada Sabtu menolak pandangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden selepas pemimpin itu menyatakan gencatan senjata Gaza semakin hampir direalisasikan selepas perbincangan di Doha.

“Untuk mengatakan bahawa kami semakin hampir dengan perjanjian adalah ilusi,” kata ahli biro politik Hamas, Sami Abu Zuhri, dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.

Biden dalam kenyataan selepas dua hari rundingan di Qatar bahawa Washington cuba merapatkan perbezaan antara Israel dan pejuang Hamas Palestin.



Kedua-dua pihak berperang selama lebih 10 bulan di Semenanjung Gaza.

Desakan untuk gencatan senjata semakin meningkat dengan ketara sejak pembunuhan berturut-turut pada penghujung Julai iaitu Fuad Shukr, ketua operasi tertinggi pergerakan Hizbullah yang disokong Iran di Lubnan, dan ketua politik Hamas, Ismail Haniyeh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Hina Institusi Agong Lagi!!!




Kematian mereka membawa kepada ikrar membalas dendam daripada Hizbullah, Iran dan kumpulan lain yang disokong Tehran di rantau itu.

Dalam usaha untuk mengelak konflik yang lebih luas, diplomat Barat dan negara Arab berulang-alik di sekitar Timur Tengah untuk mendesak perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Lubnan berkata, serangan udara Israel di selatan negaranya membunuh 10 orang termasuk seorang wanita Syria dan dua anaknya.

Serangan itu adalah antara yang paling dahsyat di selatan Lubnan sejak pertempuran hampir setiap hari antara Israel dan Hizbullah sejak bermulanya perang Gaza pada Oktober tahun lalu.



Pendapat Biden hanya ilusi – Hamas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

UMNO Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Di DUN Nenggiri

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button