30 cedera, roda Ferris terbakar
30 cedera, roda Ferris terbakar
Leipzig: Lebih 30 orang cedera selepas roda Ferris di Festival Highfield berhampiran bandar Leipzig di timur Jerman, terbakar pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, semua mangsa mengalami sesak nafas akibat terhidu asap selepas dua gondola pada roda itu terbakar.
Bagaimanapun, ketua operasi Palang Merah Jerman berkata, dua orang turut parah dalam kejadian itu.
Jurucakap polis itu pada awalnya tidak dapat mengulas mengenai maklumat berkenaan.
Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa empat pegawai polis adalah antara yang cedera.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Nenggiri: Strategi Ku Li Atau Annuar Musa?
- “Move on” lah Muhyiddin, terima lah hakikat kamu tidak dapat jadi PM
Punca kebakaran itu masih tidak dapat dipastikan.
Menurut wartawan dpa di lokasi kejadian, dua gondola musnah sepenuhnya dalam kebakaran kira-kira 9 malam itu.
Seorang pengunjung festival dari Cologne berkata roda Ferris itu tiba-tiba berputar dengan laju. Gondola yang terbakar berada di bahagian paling atas roda.
Sementara itu, jurucakap bomba memberitahu dpa bahawa keadaan dapat dikawal kira-kira 30 minit selepas kebakaran bermula.
30 cedera, roda Ferris terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
UMNO Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Di DUN Nenggiri