Istana Pahang Murka Dengan Muhyiddin

Istana Pahang Murka Dengan Muhyiddin

Istana Pahang Murka Dengan Muhyiddin

 

Penghinaan dan penderhakaan yang Muhyiddin lakukan terhadap institusi Di Raja ketika di Nenggiri, bukanlah kali pertama.

Sebelum ini ketika menjadi perdana menteri ke 8, Muhyiddin telah membelakangkan titah YDP Agong ketika itu, Al Sultan Abdullah.



Lebih teruk lagi, beliau turut mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hasan, yang menjadi Menteri Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen ketika itu bersekongkol sama.

Tentu kita masih ingat lagi bagaimana Takiyuddin membelakangkan titah YDP Agong dan menipu Dewan Rakyat.

Keadaan itu membuatkan Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan dengan serta merta untuk menerangkan keadaan sebenar.

Tidak cukup dengan itu, selepas PRU 15 yang menyaksikan kerajaan tidak dapat ditubuhkan, sekali lagi Muhyiddin menunjukkan kebiadaban beliau.



Ketika Al Sultan Abdullah bertungkus lumus mahu menyelesaikan masalah tersebut, Muhyiddin secara biadab telah meninggalkan Istana Negara.

Kini sekali lagi Muhyiddin memutarbelitkan fakta dengan meletakkan kesalahan kepada Al Sultan Abdullah.

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah telah menzahirkan rasa kecewa dan murka baginda.

Baginda menitahkan seorang pengguna media supaya menghormati Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



Pengguna media sosial yang menggunakan akaun samdoria menulis Respect lagi Tan Sri Muhyiddin.

Beliau mengulas komen dalam hantaran Facebook Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.

Tunku Azizah membalas komen tersebut dengan mesej yang cukup padat dan ringkas, Tolong respek (hormat) suami saya raja saya.

Respon Keras Dan Tegas Dari Tengku Mahkota Pahang

 



Dalam isu yang sama, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, menzahirkan kemurkaan baginda.

Baginda mahu pihak polis bertindak tegas tanpa kompromi.

Baginda mendakwa Muhyiddin telah memanipulasi fakta.

Membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah tidak berlaku adil ketika memilih perdana menteri ke-10.



“Saya menzahirkan kemurkaan dan rasa terkilan atas tindakan Muhyiddin.”

“Secara sengaja dan sinis telah memperlekeh dan mempertikaikan tugas Al-Sultan Abdullah.”

“Kenyataan Muhyiddin ini juga kelihatan tidak matang.”

“Menampakkan beliau masih tidak boleh menerima kenyataan yang beliau tidak dilantik sebagai perdana menteri.”



“Kenyataan yang dikeluarkan ini juga adalah sangat bahaya.”

“Secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-raja Melayu serta memecahbelahkan rakyat,” titah baginda.

Pihak Polis Mula Bertindak

 

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata polis sudah menerima 29 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.

Beliau mengesahkan polis akan memanggil Muhyiddin untuk tampil beri keterangan pada 20 Ogos ini.

Jangan pula nanti bila tindakan sudah diambil Muhyiddin menuduh ada pihak yang sengaja memetik ucapan beliau di luar konteks.

Pesan orang tua, biar kurang makan, jangan kurang ajar.

Bumi Malaysia adalah bumi berdaulat yang mempunyai Institusi Raja Melayu yang diperakui dalam perlembagaan.

Kalau tidak mahu menghormati Institusi Raja Melayu, carilah kewarganegaraan negara lain.

 

Istana Pahang Murka Dengan Muhyiddin

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button