Adakah PAS Akan Terus Bersekutu Dengan Penderhaka

Adakah PAS Akan Terus Bersekutu Dengan Penderhaka

Adakah PAS Akan Terus Bersekutu Dengan Penderhaka

 

PAS sering mendakwa parti mereka sentiasa menjunjung syariah Islam.

Dalam artikata lain, pemimpin PAS mengaku bahawa mereka akan sentiasa meletakkan kepentingan syariat Islam di hadapan, mengatasi segala-galanya.



Timbul persoalan kepada kita, dengan kebiadapan Pengerusi Perikatan Nasional merangkap Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin kepada Institusi Raja Melayu, apa pendirian PAS?

Pemimpin PAS sentiasa mengarahkan kepada ahli dan penyokong mereka supaya walak kepada pemimpin.

Ianya merupakan antara arahan wajib yang mesti dan tidak boleh tidak dipatuhi ahli dan penyokong PAS.

Mereka dilarang mempertikaikan atau mempersoalkan setiap tindakan dan keputusan yang ditetapkan oleh kepimpinan PAS.



Persoalannya sekarang, bukankah Institusi Raja Melayu merupakan entiti kepimpinan tertinggi negara.

Apakah kepimpinan PAS selesa masih bersekutu dengan kepimpinan yang secara terang telah menderhaka kepada entiti kepimpinan tertinggi negara?

Ini bukan kali pertama Muhyiddin menderhaka dan menunjukkan sikap protes terhadap Institusi Raja Melayu.

Persoalan kedua adalah bukankah Kesetiaan Kepada Raja & Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara?



Dan ianya bukan sekadar menjadi prinsip kedua Rukun Negara, malah dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia.

Menderhaka atau bersikap biadab terhadap Institusi Raja Melayu bermakna secara terang sudah melanggar Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara adalah undang-undang tertinggi negara.

Bukankah patuh kepada pemerintah dan undang-undang hukumnya wajib di dalam syariat Islam?



Apa pendirian kepimpinan PAS dalam perkara ini?

Adakah masih mahu walak kepada pemimpin yang sudah nyata melanggar hukum hakam agama?

Atau mehu mengambil tindakan yang drastik untuk menzahirkan rasa tidak selesa.

Janganlah kerana cita-cita politik, kita menggadaikan maruah perjuangan serta prinsip parti yang sudah lama diasaskan oleh pendahulu kita.



Allah SWT dan RasulNya memerintahkan kita semua supaya taat kepada pemerintah selagi pemerintah tidak menyuruh kepada perkara mungkar.

Sekiranya kepimpinan PAS masih mahu terus bersekutu dengan penderhaka, nyatakan satu tindakan Al Sultan Abdullah yang bertentangan dengan hukum Allah SWT dan RasulNya.

 

Adakah PAS Akan Terus Bersekutu Dengan Penderhaka

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button