2500 Muka Surat Pertuduhan Ke Atas DS Najib Cacat

2,500 Muka Surat Pertuduhan Ke Atas DS Najib Cacat

2,500 Muka Surat Pertuduhan Ke Atas DS Najib Cacat

 

Mahkamah Tinggi diberitahu, tuduhan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik syarikat 1MDB yang dikenakan terhadap DS Najib Razak adalah cacat.

TS Shafee Abdullah memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa hujahan utamanya merangkumi lebih 2,500 muka surat.



Ianya tidak termasuk hujahan balas yang akan mencecah lebih 3,000 muka surat di akhir hujahan.

TS Shafee Abdullah, ketika memulakan hujahan pembelaan berkata, tuduhan berkenaan adalah cacat.

Kerana terdapat pelbagai pertindihan terutamanya membabitkan empat pertuduhan utama, seterusnya mengakibatkan ia tidak jelas.

Beliau berkata, pihak pembelaan mengemukakan hujahan membabitkan sejumlah 2,500 muka surat dalam prosiding berkenaan.



Ia berikutan terdapat bukti yang terlalu banyak yang mana mereka tidak boleh berkompromi.

Menunjukkan mengapa mahkamah perlu menimbangkan hujahan pembelaan secara menyeluruh.

Beliau turut memohon maaf kepada mahkamah kerana pihaknya tidak boleh meringkaskan hujahan berkenaan kerana terlalu banyak perkara yang hendak dinyatakan.

Pada 30 Mei lalu, pendakwaan akhirnya menutup kes selepas perbicaraan mengambil masa selama enam tahun.



Prosiding perbicaraan kes itu berlangsung selama 235 hari.

Bermula dari perbicaraan kes SRC di Mahkamah Tinggi yang dihakimi oleh Hakim Nazlan Ghazali kita sudah melihat pelbagai perkra yang menimbulkan persoalan.

Ianya tidak berakhir di situ, malah berterusan sehingga semakan kehakiman di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Kita bukan mempertikaikan keputusan, keadilan dan kebijaksanaan pihak mahkamah dalam mengadili dan menjatuhkan hukuman.



Tetapi keadilan bukan sahaja mesti ditegakkan, ianya juga mesti dilihat ditegakkan.

Supaya integriti dan kredibiliti mahkamah tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Hakim Abdul Rahman Sebli ketika penghakiman beliau di peringkat semakan kehakiman.

Sekiranya DS Najib dinafikan atau tidak diberikan keadilan, maka seharusnya perbicaraan ini tidak dilakukan.



 

2500 Muka Surat Pertuduhan Ke Atas DS Najib Cacat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button