Gagal lunas bayaran pelacur, lelaki diculik dan dipukul

Oleh – Syeikh Baran


Gagal lunas bayaran pelacur, lelaki diculik dan dipukul

Gara-gara tidak mempunyai wang untuk membayar pelacur yang dilanggan, seorang lelaki dilarikan dua individu dari Kuala Lumpur ke negeri ini kelmarin.



Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mangsa dikatakan dipukul terlebih dahulu oleh suspek sebelum dibawa lari dan dikurung di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru di sini.

“Pada awalnya, mangsa sudah janji hendak bayar RM500 (bagi perkhidmatan seks), tetapi setelah mereka melakukan hubungan seks masuk dua lelaki yang meminta bayaran sebanyak RM1,000 untuk dibayar kepada wanita terbabit.

“Mangsa yang mempunyai wang dipukul oleh suspek. Kita tidak dapat memastikan keadaannya ketika itu pengsan atau mabuk. Dia dihantar ke Melaka oleh individu terbabit,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, mangsa berjaya melarikan diri semalam selepas lelaki yang mengawasinya tertidur.



“Keesokan harinya ketika tersedar dan mendapati lelaki yang mengawasinya tidur, lelaki itu meminta bantuan penduduk. Kita masih menunggu laporan dan kes ini disiasat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Mangsa juga membuat laporan polis di sana,” katanya.

Pemeriksaan lanjut, polis menjumpai dadah jenis methamphetamine di lokasi tersebut. Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, satu klip video dipercayai berkaitan kejadian culik tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dikepung oleh penduduk kampung yang berjaya menyelamatkan mangsa.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button