Pelajar tingkatan dua maut, motosikal dirempuh Toyota Hilux

Oleh – Syeikh Baran


Pelajar tingkatan dua maut, motosikal dirempuh Toyota Hilux

Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jeneris maut selepas motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux di Kilometer 21 Jalan Kuala Berang – Teris berhampiran Kampung Chapu) di sini semalam.



Dalam kemalangan pada pukul 4.30 petang itu, mangsa, Muhammad Aliff Haikal Zainuddin,14, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Nitro NX 5 Impala yang dinaiki remaja lelaki itu dikatakan tiba-tiba keluar simpang dan memasuki laluan kanan menghala ke pekan Kuala Berang di sini.

“Sebuah kenderaan Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun dari arah Kuala Jeneris di sini gagal mengelak lalu merempuh motosikal dinaiki mangsa.

“Impak kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas tanah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.



Zainul Mujahidin berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Muhammad Aliff Haikal telah meninggal dunia.

Tambah beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button