Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema

Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema

Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema

 

Ibarat ditelan mati mak dan diluah mati anak.

YDP Dewan Undangan Negeri Pahang, Mohd Sharkar Shamsudin mengarahkan kesemua ADUN Pahang menyatakan pendirian berhubung ucapan Muhyiddin Yasin.



Arahan itu pasti akan meletakkan 17 orang ADUN PN Pahang berada di persimpangan.

Menurut Mohd Sharkar, semua ADUN dikehendaki membuat penyataan sikap berhubung kenyataan Muhyiddin.

“Semua ADUN Pahang perlu menyatakan pendirian tegas berhubung perkara tersebut.”

“Kerana baginda Sultan Pahang merupakan sebahagian daripada dewan perundangan negeri ini.”



“Selain itu, ia juga melibatkan air muka dan maruah rakyat Pahang.”

“Rakyat Pahang sentiasa menjunjung titah baginda Sultan yang menjadi payung negeri ini,” tegas beliau.

ADUN Pahang ada dua pilihan bagi menyatakan sikap mereka terhadap ucapan Muhyiddin.

Petama, dilakukan secara individu manakala kedua dibuat mewakili parti masing-masing.



 Namun kedua-dua pilihan tersebut pastinya meletakkan kesemua 17 ADUN PN Pahang dalam dilema.

Sekiranya mereka mempertahankan kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin, ia akan menggambarkan sikap tidak menghormati institusi monarki Pahang.

Ini pasti akan menyukarkan mereka untuk mempertahankan kerusi DUN yang mereka sandang ketika ini.

Rakyat Pahang pasti tidak boleh menerima sikap tidak menghormati institusi monarki Pahang.



Namun sekiranya mereka mengambil pendirian untuk membantah, mereka akan dilihat sebagai menentang pemimpin utama parti.

Tidak dapat dinafikan, Muhyiddin mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti PPBM.

Dan Muhyiddin juga yang akan menentukan siapakah calon yang akan mewakili PPBM/PN dalam pilihanraya yang akan datang.

Keadaan ini pasti akan menyukarkan mereka untuk dipilih semula sebagai calon dalam pilihanraya yang akan datang.



Namun begitu, sikap berdiam diri bukanlah pilihan yang mereka ada.

 

Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button