Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri

Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri

Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri

 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, mempertahankan ucapan beliau ketika berkempen pada pilihan raya kecil DUN Nenggiri.

Beliau menganggap ianya sebagai fakta dan tidak bermaksud menghina institusi raja atau kecenderungan menghasut.



Muhyiddin juga mendakwa kenyataannya itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara.

“Saya ingin menegaskan bahawa ucapan saya di Nenggiri adalah suatu kenyataan fakta.”

“Ia tidak bermaksud untuk menghina institusi raja atau menimbulkan kecenderungan menghasut.”

“Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjelaskan fakta berkaitan kenyataan saya,” jelas Muhyiddin dalam Facebook.



Sebelum ini Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal, menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin.

Beliau dilihat secara sengaja dan sinis mempertikaikan peranan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Tengku Hasanal bertitah, kenyataan Muhyiddin itu memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat.

Ia menggambarkan Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.



Mengapa Sebahagian Fakta Di Keluarkan Dan Sebahagian Lagi Di Sembunyikan

Kita tidak menafikan ketika itu Muhyiddin sudah mendapat 115 Surat Akuan Bersumpah (SD) dari ahli Dewan Rakyat yang menang dalam PRU 15.

Tetapi Muhyiddin tidak menjelaskan, 10 orang ahli Dewan Rakyat dari Barisan Nsional telah dengan serta merta menarik balik sokongan kepada beliau.

Ini membuatkan Muhyiddin hanya memperolehi 105 sokongan dari ahli Dewan Rakyat ketika itu.

Sokongan kepada Muhyiddin terus berkurangan bila 23 ahli Dewan Rakyat dari GPS Sarawak juga menarik balik sokongan kepada beliau.



Muhyiddin juga menyembunyikan fakta bahawa beliau sudah ditawarkan oleh YDP Agong untuk membentuk kerajaan campuran bersama Pakatan Harapan.

Namun tawaran tersebut telah beliau tolak.

Muhyiddin juga tidak menjelaskan bagaimana beliau dan Hadi Awang meninggalkan Istana Negara.

Sedangkan ketika itu YDP Agong menitahkan beliau menunggu sebentar, sementara baginda berbincang dengan Anwar Ibrahim.



Persoalannya, mengapakah Muhyiddin tidak menerangkan sepenuhnya mengapa YDP Agong tidak menjemput beliau ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah.

Sebahagian fakta dikeluarkan dan sebahagian lagi disembunyikan.

Apakah itu tidak bermaksud menghasut rakyat supaya membenci institusi monarki?

 



Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button