Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen
Oleh Adam Malik.
Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen.
Kenapa Tan Sri Muhyiddin Yassin suka mengaku beliau sudah cukup jumlah selepas PRU15, untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri tapi konon nya telah dinafikan oleh Yang DiPertuan Agong sangat takut untuk mendedahkan nama nama 115 Ahli Parlimen itu?
Demi untuk meyakinkan rakyat TSMY tidak perlu membuat fitnan dan dosa kering jika terus senaraikan nama nama Ahli Parlimen sejumlah 115 itu untuk tatapan semua orang.
Dengan mendedahkan senarai 115 AP itu kita semua boleh lihat kebenaran nya dan juga dapat mengetahui sama ada jumlah itu tulin atau tidak.
Sambil itu mereka mereka dari Barisan Nasional yang turut jadi pengkhianat tandatangan SD sokong TSMY dapat dilihat oleh ahli UMNO dan YDPA tidak dapat difitnah oleh Muhyiddin.
Ramai percaya TSMY tidak berani kerana jumlah yang disebut cukup jumlah itu sebenar nya tidak cukup jumlah jika ada antara mereka menafikan nya.
Kemudian nama dari BN jadi tidak sahih kerana sudah meterai akujanji tidak lompat dan akui semua dari BN akur kepada keputusan “En- bloc” seperti akujanji RUU akta lompat parti.
Itu sebab nya TSMY hanya mampu sebut jumlah tapi tidak cukup jantan untuk senaraikan nama.
Muhyiddin juga berkemungkinan marah kerana tidak jadi Perdana Menteri dan tidak dapat menutupi jenayan dan penyelewengan sendiri dan ahli parti Bersatu dan anak menantu pemimpin Bersatu.
Menurut bekas Bendahari UMNO, Datuk Salleh Keruak Muhyiddin tidak berani dedah kerana takut antara jumlah nama yang disebut dari BN akan menafikan nya dan Muhyiddin akan hilang kredibiliti.
Jika Muhyiddin cuba dedahkan nama 115 ahli Parlimen tersebut, beliau akan hilang kredibiliti sebagai seorang pemimpin apabila sebilangan ahli Parlimen tidak mahu mengesahkan.- Salleh Keruak.
Tambah lagi Muhyiddin hanya mahu selamatkan diri dari desakan berundur kerana gagal bawa Perikatan Nasional menjadi kerajaan walaupun Parti PAS miliki kerusi paling banyak dalam negara Pada PRU15.
Kerana tamak kuasa dan hanya mahu jadi Perdana Menteri sahaja lalu TSMY tolak untuk bersama Pakaran Harapan.
Maka YDPA pula jadi mangsa fitnah Muhyiddin.
Muhyiddin sepatut umum undur diri dan letak jawatan dan melayani kes mahkamah yang begitu banyak.
Jangan hanya desak Zahid Hamidi sahaja tapi diri sendiri tidak akui menjadi beban kepada PN dan dalam proees ini YDPA pula jadi kambing hitam.