Dua lelaki pecah masuk rumah, curi periuk dan sudip dipenjara empat tahun

Oleh – Syeikh Baran


Dua lelaki pecah masuk rumah, curi periuk dan sudip dipenjara empat tahun

Gara-gara pecah masuk sebuah rumah dan mencuri barangan termasuk periuk dan sudip, dua lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.



Hakim Hilmiah Yusof menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Muhamad Faizal Muhamat Darus, 45, dan Mohd. Ismail Mohd. Abdul Aziz, 41, mengaku bersalah bagi pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa melakukan pecah rumah dan mencuri wayar, periuk, tiga sudip masak dan dua batang besi di sebuah rumah di Taman Rasa Sayang antara pukul 10 hingga 10.30 pagi pada 14 Ogos 2024.

Pertuduhan ke atas mereka dikemukakan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Nabihan Shahrir manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.



Bagaimanapun dalam rayuannya, kedua-dua tertuduh memohon hukuman penjara singkat diberikan bermula dari tarikh ditangkap.

Mahkamah kemudian memerintahkan kedua-dua tertuduh dihukum penjara empat tahun dan barang kes diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk dilupuskan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button