Catat nilai tertinggi
Catat nilai tertinggi
Kuala Lumpur: Perdagangan Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai 2024 meningkat 9.8 peratus tahun ke tahun berjumlah RM1.652 trilion, nilai tertinggi dicatatkan untuk tempoh itu.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) dalam kenyataan berkata, eksport meningkat 5.1 peratus kepada RM862.23 bilion dan import pada 15.5 peratus kepada RM789.71 bilion dalam tempoh tujuh bulan menyebabkan lebihan dagangan sebanyak RM72.52 bilion.
Bagi eksport barangan perkilangan, ia berkembang sebanyak 4.8 peratus tahun ke tahun kepada RM735.76 bilion disebabkan eksport jentera, peralatan dan alat ganti, produk besi dan keluli serta perkilangan logam.
Eksport barangan perlombongan pula meningkat sebanyak 4.3 peratus kepada RM62.85 bilion, dibantu oleh eksport kukuh petroleum mentah dan gas asli cecair (LNG) manakala eksport barangan pertanian meningkat 7.9 peratus kepada RM57.75 bilion didorong peningkatan eksport minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit serta getah asli.
“Eksport meneruskan trajektori meningkat untuk bulan keempat berturut-turut, berkembang sebanyak 12.3 peratus kepada RM131.15 bilion manakala import meningkat sebanyak 25.4 peratus kepada RM124.73 bilion.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2500 Muka Surat Pertuduhan Ke Atas DS Najib Cacat
- Istana Pahang Murka Dengan Muhyiddin
-
Adakah Muhyiddin cuba cetus kebencian terhadap institusi YDPA?
Adakah PAS Akan Terus Bersekutu Dengan Penderhaka
“Lebihan dagangan berjumlah RM6.42 bilion, menandakan lebihan bulan ke-51 berturut-turut sejak Mei 2020,” katanya.
Miti berkata, pertumbuhan eksport kebanyakannya didorong oleh peningkatan permintaan bagi minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit, jentera, peralatan dan alat ganti, produk petroleum, serta produk elektrik dan elektronik (E&E).
Eksport ke rakan dagang utama iaitu Asean, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah dan Taiwan mencatatkan pertumbuhan dua angka.
Berbanding Jun 2024, perdagangan, eksport dan import masing-masing meningkat sebanyak 7.6 peratus, 4.1 peratus dan 11.6 peratus, katanya.
Miti berkata, semua sektor utama mencatat pertumbuhan eksport dua angka yang kukuh pada Julai 2024.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Jangan Terlalu Selesa Dengan Kemenangan Di DUN Nenggiri
- Faktor Kemenangan UMNO Di PRK Nenggiri
-
Kemenangan BN Tidak Menumbangkan Kerajaan Kelantan, Tetapiā¦
Eksport barangan perkilangan yang merangkumi 85.5 peratus daripada jumlah eksport, melonjak sebanyak 10.6 peratus kepada RM112.08 bilion.
Pengembangan tahun kelima bulan berturut-turut ini disokong oleh peningkatan eksport jentera, peralatan dan alat ganti, produk petroleum, produk E&E serta perkilangan logam, katanya.
Sementara itu, eksport barangan pertanian meningkat 32.8 peratus kepada RM10.07 bilion, disokong oleh permintaan lebih tinggi untuk minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit, mengakibatkan peningkatan volum dan harga eksport.
Eksport barangan perlombongan berkembang sebanyak 10.2 peratus tahun ke tahun kepada RM8.04 bilion, dipacu oleh eksport LNG yang kukuh dalam persekitaran volum eksport lebih tinggi.
Miti berkata pada Julai 2024, perdagangan dengan Asean, membentuk 27.8 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia, meningkat 16.8 peratus tahun ke tahun kepada RM71.07 juta untuk pertumbuhan bulan kelima berturut-turut.
Eksport meningkat secara konsisten sejak April 2024, menokok 16 peratus kepada RM40.12 bilion manakala import dari Asean meningkat 17.8 peratus kepada RM30.95 bilion.
Ia berkata pertumbuhan dua angka dalam eksport direkodkan ke pasaran utama Asean, Singapura (meningkat 18.1 peratus tahun ke tahun kepada RM21.06 bilion), Thailand (meningkat 10 peratus kepada RM5.56 bilion) dan Vietnam (meningkat 13.8 peratus kepada RM4.95 bilion), hasil daripada eksport produk petroleum yang kukuh.
Catat nilai tertinggi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
- Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
- Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :