Koperasi bawah MPOB perlu proaktif usahakan tanah terbiar

Koperasi bawah MPOB perlu proaktif usahakan tanah terbiar

Koperasi bawah MPOB perlu proaktif usahakan tanah terbiar
Johari Abdul Ghani semasa melawat reruai pameran pada Perasmian Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit (PKPKS) 2024 di Banda Hilir, hari ini. FOTO BERNAMA

Melaka: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mahu semua koperasi di bawah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) lebih proaktif dengan mengusahakan tanah terbiar menerusi penanaman semula komoditi negara itu supaya tidak berkurangan.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah segera itu adalah perlu memandangkan hasil pengeluaran sawit ketika ini berkurangan kepada 18.5 juta metrik tan berbanding 19.6 juta metrik tan sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata, sehubungan itu, semua 70 koperasi di bawah Koperasi Pekebun Sawit Mampan (KPSM) MPOB memainkan peranan bertemu dengan pekebun kecil yang tidak mahu mengusahakan tanah terbiar itu untuk berbincang bagi membolehkan tanaman semula sawit dapat dilakukan.



“Kita nak koperasi yang diwujudkan di bawah MPOB memainkan peranan untuk berjumpa dengan pekebun kecil terbabit untuk mereka kendalikan penanaman semula ini dan kerajaan menerusi KPK menyediakan banyak bantuan untuk projek penanaman semula.

“Setakat ini permohonan yang diterima sudah membabitkan hampir 5,900 hektar tanah terbiar, jadi tahun depan kemungkinan besar kita akan memohon sejumlah peruntukan daripada kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MoF) untuk projek tanaman semula sawit ini untuk pastikan pengeluaran produk sawit ini tidak menurun,” katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit (PKPKS) 2024 di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Adakah PAS Akan Terus Bersekutu Dengan Penderhaka




Hadir sama, Pengerusi MPOB, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Johari berkata, dalam usaha memperkasakan industri sawit selari dengan fokus yang ditetapkan KPK, kerajaan sudah melaksanakan beberapa inisiatif untuk membantu pekebun kecil sawit termasuk memperkenalkan Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0) yang bertujuan untuk memberi kemudahan pembiayaan kepada golongan itu melakukan penanaman semula sawit yang tua dan kurang produktif.

Katanya, sehingga bulan lalu seramai 458 pekebun kecil dengan kawasan tanaman sawit seluas 2,089.93 hektar sudah menerima manfaatnya.



“Namun, mengikut statistik sedia ada, Malaysia masih mempunyai kadar penanaman semula yang rendah iaitu pada kadar tahunan 1.8 peratus berbanding kadar tahunan empat hingga lima peratus seperti yang disarankan dalam amalan baik industri.

“Saya difahamkan, terdapat sekitar 1.7 juta hektar tanaman sawit yang berusia lebih daripada 19 tahun di Malaysia. Sekiranya isu ini tidak ditangani, pengeluaran sawit negara akan terkesan dalam jangka masa sederhana Panjang disebabkan oleh profil pokok sawit tua dalam negara,” katanya.

Koperasi bawah MPOB perlu proaktif usahakan tanah terbiar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
  2. Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
  3. Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button