Penduduk tertekan bunyi bising ‘teksi robot’

Penduduk tertekan bunyi bising ‘teksi robot’

Penduduk tertekan bunyi bising 'teksi robot'
TEKSI robot Waymo. FOTO AFP

New York: Bunyi bising daripada sekumpulan kereta autonomi atau teksi robot Waymo di tempat letak kereta di San Francisco, California, menyebabkan penduduk di penempatan di sekitarnya, bengang kerana tidur mereka diganggu.

Sky News melaporkan, dalam video yang tular beberapa minggu lalu, robot teksi Waymo itu tiba di tempat letak kereta berkenaan iaitu lokasi di mana ia menunggu ‘panggilan bertugas’.

Strim langsung oleh seorang penduduk yang memantau tempat letak kereta teksi itu kini mengumpulkan puluhan ribu tontonan daripada orang ramai di seluruh dunia.



Kereta itu dipasang dengan kemas kini yang membuatkan ia akan membunyikan hon setiap kali kereta lain berundur berhampiran dengannya.

Christopher Cherry, yang tinggal di kediaman bersebelahan tempat letak kereta, memberitahu rakan kongsi Sky di Amerika Syarikat (AS), NBC Bay Area bahawa dia “sangat teruja” kehadiran Waymo di kawasan kejiranan apabila mereka berpindah, kerana memikirkan ia akan membawa lebih keselamatan dan ketenangan ke kawasan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Adakah PAS Akan Terus Bersekutu Dengan Penderhaka




Sebaliknya, teksi robot itu membunyikan hon sepanjang malam semasa ia diparkir atau memulakan perjalanan, menjadikan penduduk sukar untuk tidur.

“Kami bermula dengan beberapa hon di sana sini, dan kemudian apabila semakin banyak kereta mula tiba, keadaan menjadi lebih teruk.

“Kereta itu robotik dan ia membunyikan hon antara satu sama lain dan tiada sesiapa di dalam kereta ketika ia berlaku, dan itu tidak masuk akal,” kata Cherry.



Cherry berkata, hon berlaku setiap hari pada tahap yang berbeza, dengan hon paling kuat berlaku kira-kira 4 pagi dan pada waktu petang yang sibuk.

“Ia sangat mengganggu semasa hari bekerja, tetapi yang paling teruk ia membangunkan anda pada 4 pagi,” katanya.

Seorang penduduk menjadi sangat marah sehingga dia mula melakukan penstriman langsung tempat letak kereta itu di YouTube, mengumpulkan puluhan ribu tontonan pada beberapa videonya.

Penduduk tertekan bunyi bising ‘teksi robot’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
  2. Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
  3. Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button