Korea Selatan wajibkan individu tiba dari negara Afrika lapor diri jika alami gejala Mpox

Korea Selatan wajibkan individu tiba dari negara Afrika lapor diri jika alami gejala Mpox

Korea Selatan wajibkan individu tiba dari negara Afrika lapor diri jika alami gejala Mpox
ILUSTRASI virus Mpox. FOTO REUTERS

Seoul: Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan berkata pada Selasa, ia mula mewajibkan individu yang mengalami gejala Mpox yang tiba dari lapan negara Afrika melaporkan kepada pegawai sambil menetapkan semula Mpox sebagai penyakit berjangkit tertakluk kepada saringan sempadan, lapor agensi berita Yonhap.

Langkah itu dibuat selepas Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) berikrar minggu lalu untuk meningkatkan langkah pembendungan terhadap virus itu, berikutan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai wabak Mpox di Afrika sebagai kecemasan kesihatan global.

Di bawah langkah itu, ketibaan individu yang melawat lapan negara – Rwanda, Burundi, Uganda, Ethiopia, Afrika Tengah, Kenya, Congo dan Republik Demokratik Congo – akan dikehendaki melaporkan kepada pegawai jika mereka menunjukkan gejala yang berkaitan dengan Mpox, seperti demam, sakit otot dan nodus limfa yang bengkak.



KDCA juga akan menempatkan pegawai kesihatan di pintu ketibaan untuk penerbangan terus dari Ethiopia dan melaksanakan langkah pemantauan tambahan, seperti memeriksa air sisa dari pesawat.

Sehingga 9 Ogos, Korea Selatan telah melaporkan 10 kes Mpox, penurunan daripada 151 pada 2023, menurut KDCA.

Korea Selatan wajibkan individu tiba dari negara Afrika lapor diri jika alami gejala Mpox

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
  2. Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
  3. Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button