Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16
Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16
Tiada jaminan UMNO bersama mana-mana gabungan politik berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Timbalan Presidennya, DS Mohamad Hasan pernah berkata, UMNO tidak terikat dengan sebarang parti untuk bergabung dalam PRU16.
“Kita hanya terikat dengan perjanjian untuk menubuhkan kerajaan bagi menguruskan negara.”
“Ketika ini, kita perlukan kerajaan yang kuat dan mantap.”
“(Ada) yang kata kita akan gabung dengan PH (Pakatan Harapan).”
“Tengok PRU16, kalau Pengerang, Kota Tinggi dan Tenggara boleh bagi (menang di kerusi tersebut), kita langgar,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara.
Namun begitu, ramai yang berpendapat, sebelum UMNO mengambil keputusan untuk bergerak solo dalam PRU 16, beberapa faktor perlu diambil kira.
Pertama, UMNO mesti memastikan telah dapat menarik kembali sokongan pengundi teras UMNO yang terdiri dari orang Melayu.
Walau pun ada perubahan yang positif sokongan orang Melayu kepada UMNO, namun ianya masih lagi belum mencukupi untuk UMNO bergerak solo.
Dalam pilihanraya kecil DUN Nenggiri, data menunjukkan terdapat peningkatan sokongan orang Melayu kepada UMNO.
Tetapi penganalisa politik berpendapat, aliran sokongan tersebut bukanlah di atas faktor kekuatan UMNO.
Tetapi faktor luar seperti pemilikan tanah KESEDAR, kebosanan orang Melayu kepada politik 3R Perikatan Nasional dan pelbagai faktor lain.
Sekiranya UMNO menang dalam pilihanraya kecil DUN Mahkota yang bakal diadakan, ianya juga tidak boleh dijadikan kayu ukur.
DUN Mahkota sememangnya adalah kubu kuat UMNO.
UMNO mesti terus memperkasakan parti dan menyelesaikan kemelut dalaman kepimpinan UMNO sebelum membuat keputusan.
Perjuangan keadilan ke atas DS Najib yang sering dilaungkan oleh pemimpin UMNO juga dilihat masih belum diselesaikan.
Sekiranya UMNO mahu bergerak solo dalam PRU 16, UMNO sangat-sangat memerlukan sentuhan dari DS Najib.
Kerana ianya telah terbukti dalam pilihanraya negeri Melaka dan pilihanraya negeri Johor yang lepas.
Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema
- Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
- Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan