Remaja, lelaki 46 tahun ditahan noda pelajar perempuan

Oleh – Syeikh Baran


Remaja, lelaki 46 tahun ditahan noda pelajar perempuan

Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Batu Pahat ditahan kerana didakwa melakukan hubungan seks dengan rakan sebayanya pada bulan Jun tahun ini.



Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, turut ditahan seorang lelaki berusia 46 tahun kerana didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan yang sama pada 25 Julai, baru-baru ini.

Katanya, penahanan kedua-dua suspek itu dilakukan pada pukul 9.20 hingga 9.45 malam 15 Ogos, di dua lokasi berbeza selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 15 tahun pada pukul 2.03 petang, hari sama.

“Menurut laporan daripada remaja perempuan itu, dia mengatakan telah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang juga pelajar tingkatan tiga sekitar bulan Jun tahun ini.

“Pengadu turut menyatakan pada 25 Julai lalu, sewaktu pengadu sedang mandi di sebuah kolam renang di kawasan Batu Pahat bersama teman lelakinya dan seorang lagi kenalan mereka berdua iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 46 tahun, lelaki itu melakukan amang seksual terhadap mangsa sama,” katanya melalui kenyataan, hari ini.



Menurut Shahrulanuar lagi, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 Ogos untuk tindakan dan siasatan tentang aduan daripada pengadu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button