Lelaki Afrika ditembak mati aktif samun sejak 2018, kerugian cecah RM8 juta

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki Afrika ditembak mati aktif samun sejak 2018, kerugian cecah RM8 juta

Suspek warga Afrika yang ditembak mati dipercayai ahli kumpulan samun yang aktif sejak tahun 2018 dengan mencatatkan nilai kerugian mencecah RM8 juta.



Malah, kumpulan tersebut yang dipercayai dianggota kira-kira 10 lelaki warga Afrika lengkap bersenjata dan menyasarkan mangsa melalui urusniaga yang palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd. Zain berkata, berlaku adegan tembak menembak antara seorang suspek yang menaiki kereta jenis Hyundai Matrix di Jalan PJS 9/1, di sini, hari ini.

Katanya, kejadian pada pukul 7 petang itu turut menyebabkan dua butir peluru yang ditembak suspek lelaki berusia lewat 30-an terkena pada kenderaan pihak berkuasa.

“Kumpulan ini ada senjata api dan berisiko tinggi. Kita jumpa sepucuk pistol jenis Revolver dan suspek melepaskan lima butir ke arah polis tapi tiada yang kena pada anggota terlibat.



“Kami masih menjejaki kumpulan yang aktif di sekitar Lembah Klang ini. Kita sudah maklum juga semua exit point (pintu keluar negara) akan suspek ini dan mereka mungkin tukar pasport,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian hari ini.

Kata beliau, risikan terhadap kumpulan tersebut dilakukan Polis Kuala Lumpur dan Polis Selangor sebelum dikordinasikan oleh pijak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Tambah beliau, pihaknya masih mengesan kira-kira 10 baki ahli kumpulan samun itu yang masih bebas.

“Modus operandi ialah mereka berinteraksi dengan mangsa melalui media sosial sebelum menawarkan transaksi sama ada jual barang kemas dan tukar mata wang asing.



“Mereka akan jumpa (mangsa) di hotel dan suruh mangsa ikut sebelum serang mangsa di jalan raya,” katanya.

Jelas Shuhaily, mayat suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button