Tragedi Perahu Karam Sungai Kayan: Mayat seorang mangsa ditemui

Oleh – Syeikh Baran


Tragedi Perahu Karam Sungai Kayan: Mayat seorang mangsa ditemui

Seorang daripada mangsa perahu karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, di sini ditemui mati lemas, sebentar tadi.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat Vilkie Wilson, 15, dijumpai kira-kira pukul 11.58 pagi tadi pada jarak 10 meter berhadapan dengan Pusat Kawalan Bomba (PKB).

“Seorang mangsa lelaki dijumpai terapung oleh orang kampung,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua dimulakan kira-kira jam 8.35 pagi dalam radius tiga kilometer ke hulu sungai.

Pencarian masih diteruskan ke atas dua lagi pelajar perempuan iaitu Alsma Jithil, 14, dan Helena Fasha Petrus, 17, namun bagaimanapun, pasukan SAR berdepan situasi agak mencabar disebabkan hujan dan air pasang.



Operasi SAR hari ini melibatkan pasukan bomba, polis marin, unit dron PDRM, Angkatan Pertahanan Awam, Lembaga Sungai Sarawak, Persatuan Jetski Sarawak, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak serta penduduk kampung.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button