85 premis jual rokok, arak seludup digempur, rampasan cecah RM2.1 juta

Oleh – Syeikh Baran


85 premis jual rokok, arak seludup digempur, rampasan cecah RM2.1 juta

Sebanyak 85 premis sekitar ibu negara didapati menjual rokok serta arak seludup digempur Jabatan Diraja Malaysia (JKDM) membawa kepada rampasan cecah RM2.1 juta.



Op Royal yang bermula pada 12 Julai lalu sehingga Jumaat ini dianggotai seramai 55 anggota daripada Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan JKDM.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, serbuan dijalankan di Jalan Pudu, Jalan Imbi, Jalan, Jalan Raja Bot, Jalan Petaling Street dan Jalan Chow Kit itu membawa kepada 36 kertas siasatan dibuka, setakat hari ini.

Katanya, sebanyak 5,545 liter minuman keras dan 727,801 batang rokok telah dirampas selain tangkapan 35 individu.

“Siasatan mendapati tangkapan terdiri daripada warga tempatan dan asing yang berperanan sebagai peniaga di kedai-kedai runcit khususnya.



“Kes-kes ini disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967. siasatan masih dijalankan untuk kenal pasti pembekal serta modus operandi kegiatan ini,” katanya pada sidang akhbar Op Royal di Jalan Raja Bot, di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi ini dilaksanakan dalam usaha banteras penjualan dan pembekalan barang kontraban yang tertakluk di bawah Peraturan 42(1) Peraturan-Peraturan Kastam 2019.

Katanya, siasatan terhadap suspek yang ditahan dibuat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, Norlela turut memaklumkan pihaknya mewujudkan khemah statik dan van bergerak sebagai platform menerima aduan, menyampaikan mesej anti penyeludupan selain membina kerjasama dengan komuniti awam.



“JKDM menyeru orang awam memberi kerjasama dengan menyalurkan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat dan kita memberi jaminam bahawa setiap identiti pemberi maklumat dirahsiakan,” ujarnya.

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button