Jual sijil lahir anak RM2,000

Oleh – Syeikh Baran


Jual sijil lahir anak RM2,000

Komplot tiga individu termasuk dua beradik mendapatkan Passport Antarabangsa Malaysia (PMA) untuk remaja lelaki warga Sri Lanka dengan ‘menjual’ sijil kelahiran tempatan terbongkar selepas ditahan, kelmarin.



Penangkapan keempat-empat suspek berusia 19 hingga 38 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 2.35 petang di pejabat Imigresen cawangan Kelana Jaya, dekat sini.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, siasatan mendapati dua suspek wanita merupakan adik-beradik warga tempatan telah membawa remaja warga asing berusia 19 tahun ke kaunter bagi permohonan pasport.

Katanya, salah seorang daripada suspek telah mendakwa remaja itu adalah anak kandungnya dengan menyerahkan sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, penipuan tersebut terbongkar apabila semakan dokumen menunjukkan terdapat keraguan bagi permohonan pasport tersebut.



“Ini kerana sijil lahir permohonan diberikan adalah lahir pada 2014 manakala remaja warga asing yang dikatakan anak itu lahir pada 2005,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memaklumkan hasil soal siasat kemudiannya membawa pengakuan remaja Sri Lanka bahawa sijil tersebut bukan miliknya.

“Siasatan lanjut juga mendapati suspek yang mengaku adalah ibu kepada remaja tersebut telah ditawarkan RM2, 000 oleh ejen bagi menggunakan sijil lahir anaknya.

“Semakan juga mendapati suspek sebagai pekerja kilang tayar di sekitar Lembah Klang,” ujarnya.



Khairrul Aminus menjelaskan, seorang lagi lelaki tempatan yang ditahan merupakan kekasih kepada salah seorang suspek wanita berkenaan.

“Tiga suspek tempatan kini direman empat hari dengan kes disiasat mengikut Seksyen 12A Akta Pasport 1966 (akta 150) dengan niat cuba memperdayakan pegawai imigresen.

“Manakala remaja warga asing itu ditahan dibawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button