Sukma 2024: Orang ramai dilarang saksikan acara pencak silat

Sukma 2024: Orang ramai dilarang saksikan acara pencak silat

Sukma 2024: Orang ramai dilarang saksikan acara pencak silat
Pertarungan antara pesilat Sarawak dan Wilayah Persekutuan sebelum dihentikan susulan kekecohan yang berlaku disebabkan ketidakpuasan hati ke atas kiraan mata oleh juri.

MIRI – Jawatankuasa Teknikal Pencak Silat, Sukan Malaysia (Sukma) 2024 memutuskan untuk tidak membenarkan kemasukan penonton bagi acara pencak silat kategori olahraga, yang dijadual pada esok hingga 23 Ogos ini.

Keputusan itu dibuat susulan kekecohan semasa perlawanan suku akhir Kategori Putri Kelas 45 Kilogram petang tadi, dengan sebahagian penonton bertindak membaling botol air mineral ke gelanggang disebabkan ketidakpuasan hati ke atas kiraan mata oleh juri.

Ketua Deleget Teknikal Jawatankuasa Teknikal Pencak Silat, Kamarul Ariffin berkata dengan keputusan itu, hanya petugas yang mempunyai pas sahaja dibenarkan memasuki venue perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Miri.



“Kita tidak akan membenarkan semua penonton untuk menyaksikan pertandingan sukan silat bermula esok hingga 23 Ogos ini. Hanya mereka yang ada pas sahaja dibenarkan masuk sama ada sukarelawan, petugas kesihatan, media atau petugas keselamatan,” katanya pada sidang media tergempar sebentar tadi.

Selain itu, beliau berkata para atlet juga akan diasingkan supaya mereka tidak berlegar di kawasan stadium.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
  2. Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
  3. Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen

Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema



Manakala mengulas mengenai keputusan pertarungan antara pesilat Sarawak, Iman Syakilla Mahdi dan pesilat Wilayah Persekutuan, Nurin Alyaa Damia, beliau berkata keputusan sebelum itu masih terpakai dengan kemenangan diberikan kepada Wilayah Persekutuan atas persetujuan bersama Ketua Jurulatih pasukan masing-masing.

Selain itu katanya, kesemua pengurus pasukan bersetuju akan mengenakan tindakan terhadap pelaku yang telah dikenal pasti dalam insiden membaling botol air mineral.

Sementara mengenai keputusan perlawanan yang tertangguh sekitar pukul 4.46 petang tadi, Kamarul berkata kemenangan diberikan kepada Wilayah Persekutuan.

Pada masa sama, Kamarul juga mengakui terdapat kerosakan pada ‘server’ yang menyebabkan berlaku kesilapan pada papan pemarkahan namun ia akan diperbaiki pada malam ini juga.



Terdahulu, perebutan tempat ke separuh akhir kategori Putri Kelas 45 kilogram ke bawah antara pesilat Sarawak, Iman Syakilla Mahdi dan pesilat Wilayah Persekutuan, Nurin Alyaa Damia dihentikan selepas berlaku insiden membaling botol mineral ke dalam gelanggang. – KOSMO! ONLINE


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button