Angkara mulut lelaki cedera dipukul rakan

Oleh – Syeikh Baran


Angkara mulut lelaki cedera dipukul rakan

Pergaduhan mulut berkaitan isu peribadi menyebabkan seorang remaja lelaki cedera dipukul rakannya dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Tok Ungku, di sini seperti yang tular di laman Facebook semalam.



Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima aduan daripada remaja berusia 17 tahun pada pukul 4.25 petang, Isnin lalu menyatakan dia telah dipukul dua lelaki yang dikenalinya.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 11 malam, Ahad lalu sewaktu mangsa berada di sebuah restoran di Jalan Tok Ungku. Mangsa dipukul dua rakannya dengan menggunakan tangan dan kerusi di badan dan kepala,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohamad Hatta berkata, mangsa yang cedera di badan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban di sini.

Sebelum ini tular sebuah video pergaduhan berdurasi 41 saat membabitkan sekumpulan lelaki dipercayai berlaku di sebuah restoran.



Setakat ini dua suspek berusia 16 dan 18 tahun telah dikenal pasti dan usaha mengesan serta menangkap mereka sedang giat dijalankan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button